[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Vaksin COVID-19: 71.3 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi - JKJAV

Bernama 10/09/2021 | 02:43 MYT
Kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 37,714,587 dos. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 16,680,780 individu atau 51.1 peratus populasi keseluruhan di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan seramai 21,080,152 individu atau 64.5 peratus daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebanyak 322,346 dos vaksin COVID-19 yang merangkumi 133,861 dos pertama dan 188,485 dos lengkap turut diberikan semalam, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 37,714,587 dos.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
-- BERNAMA
#COVID-19 #vaksin #dewasa #lengkap #JKJAV