awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: 858,054 kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan

Bernama
Bernama
01/05/2022
02:25 MYT
Vaksin COVID-19: 858,054 kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,535,126 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 858,054 atau 24.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,535,126 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,109 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,991,866 dan 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 16,034,886 individu dewasa atau 68.2 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,967,044 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,243,382 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 35,318 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 7,067 dos pertama, 26,319 dos kedua dan 1,932 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,311,109.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan hanya lima kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan Kedah mencatatkan angka tertinggi iaitu dua kes, manakala masing-masing satu kes di Johor, Pahang dan Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#PICKids
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan