Vaksin COVID-19: AstraZeneca sumbangan kerajaan Jepun tiba hari ini

Astro Awani
Julai 1, 2021 02:15 MYT
Vaksin ini akan diedarkan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara dalam masa terdekat. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Malaysia akan terima vaksin AstraZeneca sumbangan kerajaan Jepun hari ini.
Sejumlah satu juta dos dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia) sekitar jam 5 petang.
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, bekalan vaksin ini akan dapat memperhebatkan proses vaksinasi rakyat.
Ia juga akan membantu Malaysia capai nilai ambang.
Jelas beliau vaksin ini akan diedarkan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara dalam masa terdekat.
Selain Jepun, turut sumbang vaksin kepada Malaysia adalah Amerika Syarikat.
Bekalan vaksin Pfizer-BioNTech dijadual tiba esok.
#COVID-19 #vaksin #AstraZeneca #Jepun