PUTRAJAYA: Kerajaan mempertimbangkan tindakan denda dan kompaun kepada mana-mana individu yang didapati memotong giliran untuk mendapatkan vaksin.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kuasa tambahan mungkin diberikan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk mengenakan kompaun tersebut.
Menurut Khairy, pihaknya juga sudah mewujudkan 'Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan' bagi memastikan isu tersebut tidak lagi berulang kelak.
"Dengan garis panduan yang jelas ini, ia membolehkan mereka yang ada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pastikan mereka yang datang adalah barisan hadapan. Kalau ada pun tekanan, jangan benarkan sesiapa potong giliran.
"Kami sangat tegas dalam perkara ini. Kita juga buka aduan secara e-mel. Kalau ada maklumat, mereka boleh buat aduan, tak perlu sertakan nama pun tidak mengapa.
"Kalau berlaku juga (potong giliran), kita mungkin boleh tambah kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk denda atau kompaun siapa yang potong giliran," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di sini pada Isnin yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba
Jelas Khairy, meskipun ramai keliru, namun beliau memaklumkan wakil rakyat merupakan penerima vaksin COVID-19 dalam Fasa Satu, seperti yang diumumkan sebelum ini
Dalam pada itu, ketika ditanya berkaitan denda dan kompaun tersebut, Adham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa meneliti penilaian risiko terutamanya dalam pencegahan dan kawalan wabak.
"Dalam Akta 342, kita ada seksyen untuk bawa ke muka pengadilan sekiranya ada individu menghalang atau membantutkan usaha melawan COVID-19 ini," ujarnya.
Isu potong giliran hangat diperkatakan di media sosial apabila terdapat aduan mendakwa ada golongan VIP memotong giliran barisan hadapan dalam menerima vaksin COVID-19.
Ridauddin Daud
Mon Mar 01 2021
Menurut Khairy Jamaluddin, kerajaan juga sudah mewujudkan 'Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan' bagi memastikan isu potong giliran tidak berulang. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.