awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Golongan rentan perlu dapatkan penilaian risiko

Isabelle Leong
Isabelle Leong
16/01/2021
08:27 MYT
Vaksin COVID-19: Golongan rentan perlu dapatkan penilaian risiko
Sebelum ini, pegawai Norway berkata suntikan vaksin COVID-19 mungkin terlalu berisiko untuk warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik. - REUTERS/Thomas Peter
KUALA LUMPUR:Golongan rentan perlu mendapatkan pemeriksaan dan penilaian risiko daripada pakar kesihatan sebelum mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang gejala atau kesan sampingan yang tidak diingini.
“Jadi apabila sudah mendaftarkan nama untuk menerima vaksin, mereka perlu mendapatkan penilaian risiko atau kesihatan.
“Pada masa itu mereka perlu menyatakan sama ada sihat atau tidak, mempunyai sebarang penyakit, alahan dan sebaginya. Apabila sudah diluluskan untuk mengambil vaksin tersebut, kami ambil vaksin tersebut,” katanya dalam temu bual bersama Buletin AWANI pada Sabtu.
Beliau juga menasihati agar golongan yang berisiko tinggi ini memerhati kesan sampingan yang dialami susulan menerima suntikan vaksin.
“Jika ada, perlu cepat-cepat dapatkan rawatan daripada kalangan pakar perubatan.
“Perlu diingatkan bahawa setakat ini, susulan kajian dan pelaksanaan vaksinasi di luar negara, hanya kesan sampingan yang ringan sahaja yang boleh diuruskan,” katanya.
Sebelum ini, pegawai perubatan Norway dilaporkan berkata suntikan vaksin COVID-19 mungkin terlalu berisiko untuk warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.
Ia susulan 23 orang yang maut setelah menerima dos pertama vaksin berkenaan.
Topic Berkaitan
#vaksin
#COVID-19
#golongan rentan
#pemeriksaan risiko
#Penilaian risiko
#Dr Zainal Ariffin Omar
#gejala
#kesan sampingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan