Vaksin COVID-19: Lebih 127,000 sudah terima suntikan dos pertama - Dr Adham Baba

Hafizi Rosli
Mac 7, 2021 02:25 MYT
Seramai 127,608 individu telah divaksin dalam tempoh 12 hari fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan - Gambar/BERNAMA
SERAMAI 127,608 individu telah divaksin dalam tempoh 12 hari fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 18,034 individu sehingga Sabtu.
Dalam entri terbaharu di akaun Twitternya, Dr Adham turut memaklumkan, negeri kedua tertinggi adalah Pahang dengan 13,830, diikuti Selangor dengan 11,982.
Kelantan, Kuala Lumpur, Perak masing-masing catat 11,680, (11,266) dan 10,678 individu.
Lain-lain negeri merekodkan di bawah 10,000 suntikan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi individu pertama menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 selepas melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 24 Februari lalu.

Terkini : Jumlah penerima dos pertama vaksin setakat 6 Mac 2021. #LindungDiriLindungSemua @KKMPutrajaya pic.twitter.com/qYZWTwLSU3

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) March 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, jumlah individu yang telah membuat pendaftaran vaksin COVID-19 kini mencecah dua juta.
Dalam kemas kini Menteri Penyeleras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memaklumkan 2.99 juta individu ini mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera sehingga 8 pagi Ahad.
Terdahulu, media melaporkan, pengguna MySejahtera boleh membuat pendaftaran menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK sejak 23 Februari lalu menerusi aplikasi itu.

Laporan harian pemberian vaksin COVID-19, 6 Mac. #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/QdIvLy7HGM

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #vaksin #Khairy Jamaluddin #Dr Adham Baba #MySejahtera #daftar #Noor Hisham Abdullah #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan