awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Lebih 2.9 juta remaja lengkap suntikan

Bernama
Bernama
23/05/2022
02:30 MYT
Vaksin COVID-19: Lebih 2.9 juta remaja lengkap suntikan
Sebanyak 13,706 dos harian telah diberikan semalam. - Foto fail/AP
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,119,411 atau 31.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 1,676,457 atau 47.2 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,909,585 atau 93.5 peratus telah lengkap divaskin, manakala 3,006,147 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, seramai 16,080,331 atau 68.3 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,972,728 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,248,752 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 13,706 dos harian telah diberikan semalam, terdiri daripada 1,264 suntikan penggalak, 7,377 dos kedua dan 5,065 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,799,796.
Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat COVID-19 semalam dengan masing-masing satu direkodkan di Selangor dan Kedah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Kanak-kanak
#remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan