Vaksin COVID-19: Malaysia hampiri imuniti kelompok, 68 peratus populasi dewasa disuntik

Umavathi Ramayah
September 6, 2021 02:40 MYT
Setakat Ahad, Johor merekodkan angka tertinggi dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan iaitu 57,084, diikuti Sabah, Selangor, Perak dan Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Negara semakin menghampiri imuniti kelompok apabila 68 peratus daripada populasi dewasa selesai melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, setakat Ahad.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19-19 (JKJAV) memaklumkan, angka itu menyaksikan lebih 15.9 juta dewasa sudah menerima dua dos suntikan.
"Sementara itu, 87.9 peratus atau 20.5 juta individu pula telah mendapat dos pertama.
"Vaksin harian mencatatkan 289,958 dos semalam (Ahad) dengan 136,177 individu sudah mendapatkan dos pertama.
"Manakala 153,841 individu lagi telah menerima dos kedua," menurut JKJAV menerusi perkongsian infografik di Twitter, hari ini.

Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 5 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/yaKZG0lcXN

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat semalam, Johor merekodkan angka tertinggi dos suntikan diberikan iaitu 57,084, diikuti Sabah (36,286), Selangor (31,259), Perak (25,152) dan Kuala Lumpur (23,414)
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Laporan harian pemberian vaksin mengikut negeri pada 5 September#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/hUHgvj7YHi

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 5 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/4LYQZFawuk

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#imuniti kelompok #suntikan vaksin #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #COVID-19