KUALA LUMPUR: Syarikat farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) sudah bersedia dengan persiapan untuk membekalkan vaksin COVID-19 bagi menjayakan program PICK Remaja.
Ahli Farmasi, Hal Ehwal Regulatori, Pharmaniaga Berhad, Norhana Nawawi Suri berkata, ia termasuk persiapan mendapatkan kelulusan serta proses membawa masuk bahan mentah vaksin untuk dibotolkan dari China.
"Untuk persediaan Pharmaniaga, kami memang komited dan sentiasa bersedia untuk memastikan pembekalan vaksin yang berterusan, selaras dengan program PICK untuk golongan remaja ini.
"Jadi pelbagai persiapan telah dilakukan termasuk memfailkan permohonan untuk mendapatkan kelulusan, mempersiapsiagakan kilang dan proses untuk membawa raw material dari negara China untuk di diproses atau dibotolkan, dan semua perkara tersebut sedang dilakukan dan on going, kami bersedia," katanya melalui program Agenda AWANI pada Isnin.
Sementara itu, ibu bapa disaran bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyokong usaha vaksinasi COVID-19 ke atas kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pada masa akan datang.
Antara persediaan yang boleh diambil negara bermula dari sekarang ialah:
1. Mengingatkan diri mereka bahawa mereka pernah menerima vaksin semasa kecil
2. Berkongsi maklumat tentang kepentingan vaksin dan apa yang dijangka akan berlaku semasa proses pemberian vaksin itu.
3. Yakinkan kepada ibu bapa bahawa penting untuk melindungi golongan kanak-kanak tersebut agar mereka dan orang sekelilingnya dilindungi.
4. Memastikan anak-anak sihat dan jika mereka menunjukkan simptom, rekod dan dapatkan rawatan sewajarnya.
5. Memantapkan komunikasi sama ada di pejabat, media sosial dan media elektronik mengenai keyakinan terhadap vaksinasi ke atas kanak-kanak
Pada Mei lalu, Badan Regulatori Eropah meluluskan pemberian vaksin Pfizer untuk remaja berumur 12 hingga 15 tahun.
Kemudian, pada June lalu, vaksin Moderna diluluskan untuk kegunaan remaja 12 hingga 17 tahun.
Program imunisasi telah bermula sejak Jun 2021 melibatkan United Kingdom,Denmark, Sepanyol, Perancis, Jerman dan Itali.
Amerika Syarikat dan Kanada pula mula melakukan vaksinasi ke atas remaja 12 tahun ke atas melalui vaksin Pfizer selepas diluluskan pada Mei 2021.
Kelulusan penggunaan vaksin Pfizer ke atas remaja 12 tahun ke atas di Singapura pula adalah pada Jun lalu, manakala Jepun dan Filipina meluluskan penggunaan vaksin sama pada Mei 2021.
China pula telah meluluskan vaksin keluaran syarikat Sinovac bagi kanak-kanak 3 hingga 17 tahun dan diikuti Chile, Indonesia dan Kemboja.
Dalam pada itu, Pharmaniaga juga akan memastikan bekalan bagi dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 untuk orang dewasa mencukupi.
"Bercakap mengenai dos penggalak, sebenarnya ia bukan perkara baharu, kerana dos penggalak ini telah diberikan untuk vaksin-vaksin lain juga, bergantung kepada keperluan.
"Jadi, kami sebagai salah seorang pemain atau partner, perlu menjalankan tanggungjawab kami untuk menyediakan bekalan vaksin yang mencukupi jika perluasan itu dilakukan kepada seluruh rakyat atau orang dewasa untuk booster dose," ujarnya lagi.
Astro Awani
Mon Sep 20 2021
Syarikat farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) sudah bersedia dengan persiapan untuk membekalkan vaksin bagi menjayakan program PICK Remaja.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Pelajar Columbia sifatkan NYPD kejam, ngeri
Polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
AWANI Ringkas: Selesaikan isu bekalan air, susulan cuaca panas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rudingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Pembinaan semula Gaza ambil masa berdekad lamanya
Pembinaan semula infrastruktur kediaman yang musnah di Gaza akan mengambil masa sehingga 2040.
Sudah lebih 40 hari Aliff tidak bercakap dengan Bella, anak-anak
Aliff berasa takut untuk mendengar suara Bella setelah sekian lama tidak menghubungi isterinya itu.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.