[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Vaksin COVID-19: Suntikan harian cecah 460,158, tertinggi pernah direkodkan

Umavathi Ramayah 16/07/2021 | 01:34 MYT
Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 304,807 dos pertama manakala 155,351 dos lagi adalah untuk pemberian dos kedua. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 460,158 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan pada Khamis, tertinggi pernah diberikan dalam sehari sepanjang Program Imunisasi Kebangsaan (PICK).
Menerusi hantaran di laman Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 304,807 dos pertama manakala 155,351 dos lagi adalah untuk pemberian dos kedua.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berkata, sebelum ini jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari adalah 434,828 dos pada 14 Julai.
BERITA LANJUT MENYUSUL...
#COVID-19 #dos pertama #dos kedua #MySejahtera #PICK #vaksin #Adham Baba #Kementerian Kesihatan #Noor Hisham Abdullah #Khairy Jamaluddin