MALAYSIA

Vaksin COVID-19: Tujuh negeri kini lepasi 50 peratus - JKJAV

Astro Awani 04/08/2021 | 01:02 MYT
Jumlah kumulatif suntikan vaksin COVID-19 negara ketika ini sebanyak 22,152,367 dos merangkumi 62.8 peratus bagi dos pertama. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh negeri dan wilayah telah melepasi 50 peratus populasi dewasa dalam pemberian dos pertama vaksin COVID-19, setakat Selasa.

Antaranya, Selangor dan Kuala Lumpur 97.8 peratus, Labuan (95.3%), Sarawak (85.2%), Negeri Sembilan (74.5%), Perlis (64%), Pulau Pinang (58.9%) dan Melaka (52.2%)

Menurut data dikongsikan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), negeri yang telah melepasi 50 peratus dengan lengkap dua dos vaksin adalah Labuan 82.7 peratus dan Sarawak 68 peratus.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagaimanapun pemberian vaksinasi harian COVID-19 dalam negara jatuh di bawah paras 500,000 selama tiga hari berturut-turut iaitu merekodkan 483,368 dos, pada Selasa.

Ini menjadikan jumlah kumulatif suntikan vaksin COVID-19 di negara ini sebanyak 22,152,367 dos merangkumi 62.8 peratus bagi dos pertama dan 31.8 peratus dos kedua.




#JKJAV #COVID-19 #vaksin #PICK #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #Labuan #Selangor #Kuala Lumpur #Sarawak #Negeri Sembilan #Perlis #pulau pinang #Melaka