KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dijangka melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 dari rumah ke rumah menjelang September atau Oktober ini.
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata pihaknya bercadang memulakan kaedah dari rumah ke rumah itu setelah selesai proses vaksinasi melalui pusat pemberian vaksin (PPV) awam dan PPV sementara sedia ada termasuk program Outreach.
"Sekiranya, ia (Program Outreach) dapat diselesaikan dengan cepat kita akan memulakan pemberian vaksin dari rumah ke rumah untuk Orang Kurang Upaya (OKU), terlantar dan sebagainya menjelang September atau Oktober nanti jika tiada masalah bekalan vaksin," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.
Beliau mengulas laporan berita mengenai bekas atlet negara yang diusung anggota bomba ke PPV bagi mendapatkan suntikan vaksin serta tular di media sosial dan menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet mengenai tindakan pihak berkaitan yang tidak mengatur pemberian vaksin di rumah bekas atlet terbabit.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata pemberian vaksin dari rumah ke rumah akan melibatkan jumlah petugas yang banyak membabitkan jururawat, pemandu dan lain-lain untuk ke setiap rumah.
Dalam perkembangan sama, Dr Zaini turut memaklumkan sehingga kini seramai 145,447 individu telah menerima dos pertama vaksin masing-masing manakala 64,943 selesai dos kedua di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat Kelantan.
Sementara itu di Padang Rengas, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata isu vaksin untuk keseluruhan kira-kira 40,000 warga pendidik di negeri itu telah dibawa ke pihak atasan untuk dipertimbangkan.
"Saya telah membangkitkan isu vaksinasi membabitkan guru dalam mesyuarat exco minggu lepas. Kerajaan negeri dan Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad memberikan jaminan sekiranya vaksin yang diterima minggu depan, golongan guru akan diutamakan bagi mendapatkan vaksinasi," katanya.
Ahmad Saidi berkata kerajaan negeri Perak juga baru saja melancarkan program vaksinasi secara pandu lalu dan beliau telah mohon untuk memasukkan golongan pendidikan dalam program berkenaan.
Bernama
Mon Jun 14 2021
Pemberian vaksin dari rumah ke rumah akan melibatkan jumlah petugas yang banyak membabitkan jururawat, pemandu dan lain-lain untuk ke setiap rumah. - Gambar hiasan
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Kerajaan peruntuk RM150 juta biaya pemodenan vesel, mekanisasi tangkapan
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi membiayai Program Pemodenan Vesel (PPV) dan Program Mekanisasi Tangkapan (PMT) untuk meningkatkan jumlah pendaratan ikan bagi bekalan makanan.
PPV WTCKL menutup tirai dengan lebih 180,000 individu divaksin
Secara rasminya Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menutup tirainya setelah hampir dua bulan beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi sejak 15 Januari lepas.
Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.
412 PPV ditambah di bawah PICKids - Dr Noor Azmi
Kesemua PPV tambahan itu diwujudkan dengan mengambil peluang sempena cuti sekolah yang bermula sejak 26 Feb lepas.
Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.
Langkah jadikan sekolah sebagai PPV bantu percepat vaksinasi kanak-kanak - Exco
Langkah kerajaan menjadikan sekolah sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) mampu mempercepat proses vaksinasi murid.
Taiping Mall antara empat PPV dibuka untuk dos penggalak
PPV yang terletak di Tingkat 3 Taiping Mall itu mampu memberi minimum 1,000 dos sehari.
PICKids: KKM akan buka PPV di sekolah, mudahkan murid-murid dapatkan vaksin - Dr Noor Azmi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekolah bagi golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).
PICKids: Sasar 70 peratus kanak-kanak divaksin pada Februari
Sasaran itu dibuat berlandaskan keyakinan disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
PICKids: KJ sahkan sudah daftar anak terima vaksin
Ia sebagai menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan anaknya tidak menerima suntikan vaksin COVID-19.