awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama tiba di Kuching

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2021
11:24 MYT
Vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama tiba di Kuching
Sarawak dijangka akan menerima baki empat penghantaran vaksin untuk fasa pertama dengan penghantaran ketiga dan keempat melibatkan 9,360 dos vaksin pada 10 dan 17 Mac depan. FOTO: Facebook / Sim Kui Hian
KUALA LUMPUR: Sarawak hari ini menerima vaksin Pfizer-BioNTech kumpulan kedua fasa pertama sekitar jam 5.20 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada Rabu.
Penghantaran kali ini melibatkan 31,500 dos vaksin yang dikhaskan untuk petugas barisan hadapan di negeri itu.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menerusi hantaran di Facebook miliknya.
“Penghantaran vaksin kumpulan kedua ini tiba dari Belgium seterusnya ke Singapura dan Subang sebelum tiba di Kuching.
“Vaksin ini akan diagihkan ke tiga bahagian utara Sarawak melibatkan Miri, Bintulu dan Limbang. Manakala 12 bahagian lain di negeri ini akan menerima vaksin secara berperingkat-peringkat,” kata Sim.
Vaksin tersebut akan dihantar dan disimpan di tujuh pusat simpanan vaksin (PSV) sebelum diedarkan ke 55 pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negeri.
Sarawak dijangka menerima baki empat penghantaran vaksin untuk fasa pertama dengan penghantaran ketiga dan keempat melibatkan 9,360 dos vaksin pada 10 dan 17 Mac depan.
Manakala penghantaran ketiga dijadualkan pada 24 Mac melibatkan 14,040 dos dan penghantaran terakhir fasa pertama pada 31 Mac dengan 9,360 dos.
Terdahulu, 23,400 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Sarawak menerusi kumpulan pertama fasa pertama pada 24 Februari 2021.
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#Pfizer-BioNTech
#vaksin di Sarawak
#vaksin di utara Sarawak
#sim kui hian
#JPBN Sarawak
#Lapangan Terbang Kuching
#Raya Airways
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan