awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksinasi: Bantuan khas hingga RM500,000 untuk kesan sampingan serius, hilang upaya kekal

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
22/03/2021
06:07 MYT
Vaksinasi: Bantuan khas hingga RM500,000 untuk kesan sampingan serius, hilang upaya kekal
Dr Adham (kiri) berkata, usaha itu adalah tanda keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat selain meningkatkan keyakinan untuk rakyat menerima vaksin. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk meluluskan bantuan khas kewangan kesan mudarat COVID-19 kepada warga tempatan dan asing sekiranya mereka menerima kesan sampingan selepas menerima vaksin.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan RM50,000 jika berlaku kesan sampingan serius sehingga memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.
Bahkan, kerajaan juga bersetuju untuk memberi sehingga RM500,000 sekiranya berlaku hilang upaya kekal atau kematian selepas mereka menerima vaksin.
“Sebagai permulaan kerajaan menyediakan dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
“Ini adalah langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlakunya kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin COVID-19.
“Selain itu, bantuan ini akan dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga berkemungkinan terjejas akibat kesan daripada pengambilan vaksin ini kelak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini pada Isnin.
Tambah beliau, sejajar dengan bantuan tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menubuhkan tiga jawatankuasa bagi menilai semua aspek berhubung kesan sampingan tersebut.
Dalam pada itu, Dr Adham berkata, sepanjang proses vaksinasi yang bermula pada 24 Februari lepas, terdapat 20 kesan sampingan yang dikesan berlaku kepada penerima vaksin.
"Ketika dalam pemerhatian, selepas mereka kenal pasti kes-kes yang merasakan kesan berterusan, mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Antaranya rasa tak selesa di dada, rasa sempit di dada, ada yang semput, semua dibawa ke hospital dan dirawat.
"Semuanya telah menerima rawatan dan discaj dan tunggu dos kedua. Cuma dos kedua, mereka akan terima di hospital, bukan di tempat mereka terima sebelum ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#vaksin
#kesan mudarat
#Adham Baba
#kerajaan
#program imunisasi
#vaksinasi
#pandemik
#COVID-19
#bantuan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan