awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksinasi 'walk-in' selepas selesai individu berdaftar - Khairy

Nailah Huda
Nailah Huda
16/06/2021
13:26 MYT
Vaksinasi 'walk-in' selepas selesai individu berdaftar - Khairy
Khairy Jamaluddin bagaimanapun menjelaskan bahawa keutamaan masih diberikan kepada individu yang telah berdaftar, namun belum diberi janji temu untuk menerima suntikan vaksin. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Vaksinasi secara ‘walk-in’, iaitu penerimaan suntikan vaksin COVID-19 tanpa pendaftaran awal, bakal dilaksanakan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), menurut Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun jelasnya, keutamaan masih diberikan kepada individu yang telah berdaftar, namun belum diberi janji temu untuk menerima suntikan vaksin.
“Kita akan melaksanakan ‘walk-in’ tetapi biarlah saya selesaikan dahulu mereka yang berdaftar, namun belum menerima janji temu vaksinasi,” jelas Khairy kepada Astro AWANI pada Rabu.
“Kita tak boleh buat ‘walk-in’ buat masa ini sebab masih ada lagi yang berdaftar belum dapat janji temu.”
Beliau turut merujuk kepada beberapa negara lain yang mula menawarkan vaksinasi secara ‘walk-in’ setelah selesai memberi vaksin kepada individu yang menunjukkan minat dan berdaftar.
Tambah Ahli Parlimen Rembau itu, penghantaran bekalan vaksin ke PPV juga mungkin berdepan masalah sekiranya pemberian vaksin dibuka secara “free for all” dalam situasi sekarang kerana dijangka akan mewujudkan kesesakan.
“Kita pun tidak tahu bagaimana untuk mengagihkan vaksin ke PPV sekiranya kita buka secara ‘free for all’ kerana akan berlaku kesesakan,” jelasnya.
Setakat ini, seramai 13.8 juta orang telah mendaftar untuk menerima vaksin melalui PICK, dengan 3.4 juta telah menerima dos pertama suntikan vaksin.
Pendekatan ‘suntik dahulu dan daftar kemudian’ turut akan digunakan di Sarawak, selepas pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg minggu lepas.
Selain pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera, Sarawak juga akan menggunakan kaedah hibrid yang melibatkan pendaftaran secara manual selepas pemberian vaksin terutama bagi masyarakat luar bandar.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Khairy Jamaluddin
#vaksinasi
#walk in
#walk
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PICK
#hibrid
#Sarawak
#suntik dahulu
#PPV
#daftar
#MySejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan