[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Van bertembung kereta, seorang maut, 20 cedera

Abd Razak Mohd Ali 28/03/2019 | 15:54 MYT
Anggota Bomba sedang cuba menyelamatkan mangsa yang berada dalam kereta Nissan Almera. - Ihsan JBPM Perak
Seorang maut, 20 cedera termasuk tiga parah apabila sebuah kereta bertembung dengan sebuah van di Jalan Lata Kekabu, dekat sini, petang Khamis.
Kemalangan melibatkan kereta jenis Nissan Almera yang dinaiki empat orang dan van jenis Toyota Hiace yang dinaiki 17 orang.
Kesemua mangsa yang meninggal dunia dan cedera parah menaiki kereta Nissan Almera.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 4.45 petang.
"Anggota menggunakan 'rescue tool' bagi menyelamatkan empat orang mangsa di dalam kenderaan Almera serta menyerahkan tiga mangsa kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya, manakala satu mangsa yang meninggal dunia kepada pihak polis," katanya di sini.
Anggota Bomba sedang menjalankan operasi penyelamatan. - JBPM Perak
Menurutnya, 17 mangsa yang menaiki van, yang hanya mengalami kecederaan ringan, diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut.
Operasi bomba tamat sekitar jam 6 petang.
#bomba perak #Jalan Lata Kekabu #kemalangan #kemalangan maut #Lenggong #Nissan Almera #toyota hiace