awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vandalisme punca elektrik terjejas ketika RWMF 2023

Devonshire Sikem
Devonshire Sikem
28/06/2023
00:01 MYT
Vandalisme punca elektrik terjejas ketika RWMF 2023
Kemeriahan acara Rainforest World Music Festival 2023 serta pemilihan atlet petanque Sukan Malaysia 2024 di Santubong, sedikit terjejas akibat kegiatan vandalisme kabel bawah tanah 33kV milik Sarawak Energy Berhad (SEB) pada Sabtu lalu.
KUCHING: Kemeriahan acara Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 serta pemilihan atlet petanque Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Santubong, sedikit terjejas akibat kegiatan vandalisme kabel bawah tanah 33kV milik Sarawak Energy Berhad (SEB) pada Sabtu lalu.
SEB dalam satu kenyataan berkata, masalah itu turut membabitkan lebih 1,000 penduduk di kawasan Semariang, Institut Pendidikan Aminudin Baki, Buntal dan Santubong pada hari berkenaan.
"Sejurus menerima aduan, kita telah menghantar pasukan teknikal ke lokasi dan pemeriksaan awal mendapati kabel bawah tanah 33kV di antara stesen sub kawasan Astana dan Semariang telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Kerja-kerja pemulihan dilakukan dan bekalan elektrik di beberapa kawasan berjaya dipulihkan dalam masa beberapa jam,” kata SEB.
SEB turut memaklumkan, kerja-kerja pemulihan di kawasan Aminudin Baki hanya dapat diselesaikan pada jam 12.25 pagi Ahad.
SEB telah membuat laporan polis serta bekerjasama dengan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak untuk mengekang perlakuan vandalisme di kawasan stesen-stesen janakuasanya.
Sejak Januari 2023, lebih 66 kes vandalisme dicatatkan di seluruh Sarawak dan SEB telah menanggung kerugian lebih daripada RM1 juta.
Topic Berkaitan
#Vandalisme
#elektrik terjejas
#Rainforest World Music Festival
#Sarawak Energy Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan