MALAYSIA
Vape dan rokok: 3 premis dikompaun, 4 disita dalam operasi mega di Kelantan

KPDN melancarkan Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan bersama beberapa agensi penguat kuasa di sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian. - Gambar/ KPDN Kelantan
KOTA BHARU: Tiga premis dikompaun manakala empat lagi disita selepas dikesan gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 pada Isnin lepas.
Ringkasan AI
- Tiga premis dikompaun dan empat lagi disita dalam Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan di Kota Bharu dan Kubang Kerian kerana gagal mematuhi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.
- Pemeriksaan tertumpu kepada premis vape, dengan tindakan diambil terhadap penjualan terbuka kepada orang awam serta operasi tanpa lesen sah, termasuk penyitaan pelbagai perisa dan produk vape.
- Pemilik premis diberi amaran agar mematuhi Akta 852, memastikan paparan harga yang jelas dan tidak beroperasi tanpa dokumen sokongan sah bagi melindungi pengguna dan kesihatan awam.
"Melalui operasi ini, hampir semua premis runcit yang diperiksa mempamerkan tanda harga dengan jelas serta menggunakan alat timbang yang telah ditentusah. Namun, tiga premis didapati gagal mematuhi peraturan tersebut dan telah dikenakan tindakan kompaun di bawah perundangan sedia ada," menurut kenyataan KPDN hari ini.
Operasi berkenaan turut disertai Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.
Dalam perkembangan sama, KKM turut mengambil tindakan terhadap premis yang mempromosikan penjualan vape secara terbuka kepada orang awam.
KPDN memaklumkan bahawa pihak MPKB-BRI telah menyita pelbagai perisa dan vape di empat premis yang beroperasi tanpa lesen sah serta tiada kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.
"Semua pemilik premis telah diberi amaran agar mematuhi sepenuhnya ketetapan di bawah Akta 852, memastikan paparan harga yang jelas bagi mengelakkan kekeliruan pengguna, serta diingatkan supaya tidak beroperasi tanpa lesen atau dokumen sokongan yang sah," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami