MALAYSIA
Varian baharu COVID-19, XFG dikesan di Malaysia
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad menerusi hantaran di platform X memaklumkan 8.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan pada ME35 adalah varian XFG. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan penularan varian baharu COVID-19 iaitu XFG daripada 43,087 kes yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-35 (ME 35/2025).
Ringkasan AI
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad menerusi hantaran di platform X memaklumkan 8.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan pada ME35 adalah varian XFG.
Beliau berkata menerusi pengesanan genomik mendapati varian NB1.8.1 kekal dominan dengan merekodkan 39.4 peratus, diikuti JN.1 (18.1 peratus) dan XEC (13.3 peratus), manakala varian lain merangkumi 21 peratus.
"Secara kumulatif, sehingga ME35/2025, sebanyak 43,087 kes telah dilaporkan berbanding 85,297 kes bagi tempoh sama pada tahun 2024 (penurunan sebanyak 49.5 peratus)," katanya.
Dzulkifly berkata kes mingguan ME35 pula menunjukkan penurunan sebanyak 12.8 peratus iaitu 594 berbanding 681 kes pada ME34.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan satu kematian baharu dilaporkan pada ME35 melibatkan warga emas terlantar berusia 91 tahun.
"Secara kumulatif kematian COVID-19 sehingga kini adalah 3 (dilaporkan pada ME 24/2025, ME 30/2025 dan ME 35/2025," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah pencegahan asas terutama mencuci tangan dengan kerap, memakai pelitup muka sekiranya bergejala atau berada di tempat sesak serta mendapatkan vaksinasi sekiranya berisiko.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- KKM kesan varian baharu COVID-19 XFG dengan 8.2% daripada 43,087 kes pada ME35/2025, namun varian NB1.8.1 kekal dominan.
- Kes mingguan turun 12.8% berbanding minggu sebelumnya, dengan satu kematian baharu melibatkan warga emas 91 tahun.
- Orang ramai dinasihat terus amalkan langkah pencegahan asas dan vaksinasi bagi golongan berisiko.