MALAYSIA
Varian XFG COVID-19: Tiada kebimbangan besar, KKM pantau rapi - Dr Dzulkelfly
Dr Dzulkefly berkata, subvarian XFG mencatatkan peratusan 9.1 peratus dalam penjujukan genomik, manakala JN.1 dan XEC masing-masing mencatatkan 17.4 peratus dan 12.7 peratus. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus menjalankan pemantauan rapi terhadap penularan varian baharu COVID-19, dikenali sebagai XFG, meskipun negara kini berada dalam fasa endemik.
Ringkasan AI
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, XFG yang merupakan subvarian kepada Omicron tidak menimbulkan kebimbangan besar berhubung tahap kebolehannya menyebabkan penyakit teruk atau cepat merebak (virulens).
Katanya, hanya satu kematian dilaporkan membabitkan subvarian itu.
“Varian ini tidak menunjukkan simptom yang lebih teruk berbanding Omicron lain. Walaupun kadar penularannya lebih tinggi, ia tidak dikaitkan dengan peningkatan keganasan penyakit,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly memaklumkan simptom yang dialami oleh pesakit XFG juga tidak menunjukkan tanda-tanda lebih serius berbanding varian lain dan kebanyakannya hanya mengalami simptom biasa seperti gangguan pernafasan.
“Setakat ini, tiada simptom luar biasa atau lebih parah dilaporkan. Ia masih dalam kategori simptom biasa yang kita lihat sebelum ini,” katanya.
Dr Dzulkefly berkata, subvarian XFG mencatatkan peratusan 9.1 peratus, manakala JN.1 dan XEC masing-masing mencatatkan 17.4 peratus dan 12.7 peratus.
“Semua ini adalah subvarian yang kami (KKM) terus pantau melalui penjujukan genomik (genetic sequencing) agar tindakan proaktif dapat diambil sekiranya berlaku outbreak (penularan),” katanya.
Sementara itu, Dr Dzulkefly turut menegaskan bahawa KKM dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) tidak pernah mengambil ringan situasi semasa dan sentiasa bersiap siaga.
“Kita tidak mahu menimbulkan panik, tetapi mereka yang mempunyai simptom perlu mendapatkan rawatan segera. Setakat ini, tiada outbreak besar dilaporkan, hanya kes-kes terpencil,” katanya.
Ringkasan AI
- Kementerian Kesihatan Malaysia terus memantau penularan varian baharu COVID-19 dikenali sebagai XFG, yang merupakan subvarian Omicron, namun tidak menunjukkan simptom lebih teruk atau peningkatan keganasan penyakit berbanding varian lain.
- Subvarian XFG mencatatkan peratusan 9.1 peratus dalam penjujukan genomik, manakala JN.1 dan XEC masing-masing mencatatkan 17.4 peratus dan 12.7 peratus, dengan pemantauan berterusan dilakukan bagi mengambil tindakan proaktif sekiranya berlaku penularan.
- KKM dan CPRC sentiasa bersiap siaga dan menasihatkan individu bergejala agar mendapatkan rawatan segera, walaupun tiada outbreak besar dilaporkan setakat ini dan kes-kes yang berlaku adalah terpencil.