MALAYSIA
Vel, berkaki ayam, nazar: Lima perkara anda perlu tahu tentang Thaipusam
Pada hari tersebut, bulan penuh Thai berada pada kedudukan melintasi bintang dikenali sebagai Pusam, maka dari situ asal namanya, Thai-Pusam. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Thaipusam merupakan antara sambutan keagamaan terbesar dalam tradisi Hindu, yang disambut sebagai manifestasi kesyukuran serta pemenuhan nazar kepada Dewa Murugan.
Ringkasan AI
Disambut pada bulan purnama dalam bulan Thai mengikut kalendar Tamil, yang mana lazimnya jatuh pada pertengahan Januari atau Februari.
Pada hari tersebut, bulan penuh Thai berada pada kedudukan melintasi bintang dikenali sebagai Pusam, maka dari situ asal namanya, Thai-Pusam.
Berikut lima perkara penting yang perlu diketahui mengenai sambutan Thaipusam:
1. Apa maksud 'Vel'?
Vel merujuk kepada lembing suci yang dikaitkan dengan Dewa Murugan, melambangkan kekuatan rohani, kebijaksanaan dan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan.
Dalam konteks Thaipusam, Vel bukan sekadar simbol fizikal, tetapi menjadi manifestasi keimanan dan keazaman penganut yang menunaikan nazar serta memohon keberkatan.
Mengikut falsafah Hindu, Vel dianugerahkan ibu Dewa Muruga, Dewi Parvati sebagai manifestasi shakti dan kasih sayang.
Ia juga menjadi simbol menembusi kejahilan tanpa sebarang kebencian.
2. Amalan berpuasa dan pemakanan vegetarian
Menjelang Thaipusam, penganut Hindu lazimnya mengamalkan diet vegetarian atau berpuasa bagi satu tempoh sebagai proses penyucian diri, jasmani dan rohani.
Amalan ini bertujuan mendisiplinkan diri, fokus, menenangkan minda serta mempersiapkan spiritual sebelum menunaikan ibadat masing-masing.
Malah, kawasan di sekitar kuil turut dilarang sama sekali daripada menjual makanan bukan vegetarian sebagai menghormati amalan keagamaan sepanjang tempoh sambutan.
3. Kepelbagaian kavadi sebagai ekspresi nazar
Kavadi hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz daripada kavadi susu yang ringkas, hinggalah kavadi besar yang dihiasi bulu merak, bunga dan struktur besi.
Setiap kavadi membawa makna tersendiri, mencerminkan bentuk nazar, tahap pengorbanan serta keikhlasan individu dalam menunaikan janji kepada Dewa Murugan.
Namun, bukan semua penganut yang membawa kavadi menunaikan nazar, sebaliknya ada yang memilih membawa paal kudam atau belanga susu sebagai ritual tahunan yang dilakukan secara berterusan sebagai lambang kesyukuran dan berterima kasih kepada Tuhan.
4. Mengapa penganut mencukur kepala?
Amalan mencukur kepala melambangkan penyerahan diri sepenuhnya kepada Tuhan, selain menyingkirkan unsur ego dan kelekatan duniawi.
Ia juga dilihat sebagai simbol kelahiran semula secara spiritual, selari dengan tujuan Thaipusam sebagai ritual pembersihan dan pembaharuan diri.
5. Mengapa penganut berkaki ayam ketika mengambil kavadi?
Penganut berjalan berkaki ayam ketika mengambil kavadi sebagai simbol kerendahan diri yang menjadi asas untuk menunaikan nazar, selain melambangkan penyerahan sepenuhnya kepada Dewa Murugan sepanjang ritual Thaipusam.
Ringkasan AI
- Vel, lembing suci Dewa Murugan, melambangkan kekuatan rohani dan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan, serta menjadi simbol keimanan dan keazaman penganut Thaipusam.
- Penganut Hindu mengamalkan puasa dan pemakanan vegetarian menjelang Thaipusam untuk penyucian diri serta mempersiapkan spiritual, sementara kawasan kuil dilarang menjual makanan bukan vegetarian sebagai tanda hormat.
- Kepelbagaian kavadi, dari yang ringkas hingga yang besar dan dihiasi, menjadi ekspresi nazar dan pengorbanan individu kepada Dewa Murugan, sementara mencukur kepala melambangkan penyerahan diri sepenuhnya kepada Tuhan, dan berjalan berkaki ayam ketika mengambil kavadi melambangkan kerendahan diri dan penyerahan kepada Dewa Murugan.