awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vell Paari usah celupar, samakan kami dengan penyakit kelamin - ISMA

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
08/05/2014
09:12 MYT
Vell Paari usah celupar, samakan kami dengan penyakit kelamin - ISMA
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
"Jangan celupar."
Ini adalah 'amaran' yang diberi oleh Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdul Rahman Mat Dali, kepada Pengarah Strategik MIC, S. Vell Paari.
'Amaran' ini diberi ekoran Vell Paari yang melabelkan ISMA sebagai penyakit kelamin dan badut yang tidak menghiburkan.
"Jangan celupar, lebih baik berdiam daripada memberi kenyataan yang tidak masuk akal.
“Dan dia juga tidak perlu masuk campur dalam isu yang tidak mempunyai kaitan dengannya,” katanya di dalam satu kenyataan yang diterbitkan di portal ISMA.
Abdul Rahman turut berkata persamaan seperti itu sangat keterlaluan.
“Lebih dari itu, saya katakan dia seperti kurang berakal dan bersifat kebudak-budakan,” katanya.
Selasa lalu, Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata mengatakan bahawa kemasukan pendatang berbangsa Cina ke Tanah Melayu bersama British adalah satu pencerobohan.
Beliau berkata demikian semasa membidas golongan bukan Islam yang menentang undang-undang hudud dan menyifatkan mereka sebagai tidak sedar diri dan tidak wajar campur tangan dalam urusan umat Islam.
Ekoran itu, Vell Paari berkata ketika mula mendengar nama ISMA, beliau menyangka ia adalah sejenis penyakit kelamin dan badut.
Kemudian, Vell Paari berkata beliau mendapat tahu bahawa ISMA lebih teruk dari penyakit kelamin.
"Ia adalah penyakit yang lebih parah, yang jika dibiarkan, boleh merosakkan apa yang telah kita capai sehingga kini," katanya.
Vell Paari turut menyifatkan kenyataan Abdullah Zaik sebagai menjengkelkan dan beliau harus dimasukkan ke dalam kapsul masa dan dihantar kembali ke Zaman Ais.
Topic Berkaitan
#ISMA
#vell paari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan