Skip to main content

Malaysia

Vestigo sahkan berlaku kebakaran di kemudahan luar pesisir Sarawak, tiada kecederaan dilaporkan

Sumber: BERNAMA
Vestigo Petroleum Sdn. Bhd., anak syarikat Petronas Carigali Sdn. Bhd. mengesahkan berlaku kebakaran di kemudahan West Lutong Vent A (WLV-A), luar pesisir Sarawak kira-kira 2 petang semalam. - Gambar Bernama
Advertisement

KUCHING: Vestigo Petroleum Sdn. Bhd., anak syarikat Petronas Carigali Sdn. Bhd. mengesahkan berlaku kebakaran di kemudahan West Lutong Vent A (WLV-A), luar pesisir Sarawak kira-kira 2 petang semalam.

Menurut kenyataan Vestigo di sini hari ini, keadaan berjaya dikawal dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Vestigo juga sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan, dan telah mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu bagi menguruskan risiko pendedahan.

“Tiada kecederaan atau petugas yang terjejas, dan insiden itu tidak menimbulkan ancaman segera kepada komuniti dan alam sekitar. 

“Vestigo kekal komited sepenuhnya terhadap keselamatan petugas, melindungi alam sekitar serta mengekalkan integriti operasinya,” menurut kenyataan itu.

Semalam, satu video mengenai kejadian itu tular dalam media sosial.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement