KUALA LUMPUR: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menjelaskan video dan gambar yang memaparkan beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdiri di tengah panas adalah situasi biasa dalam perbarisan statik.
Presidennya Datuk Sharuddin Omar berkata perbarisan itu dianjurkan PVATM sempena meraikan 100 tahun persatuan dan bukan majlis perjumpaan bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein seperti mana yang didakwa dalam video itu.
"Bagi ahli-ahli PVATM berpeluang menjadi sebahagian dari peserta perbarisan statik tersebut adalah satu kebanggaan dan penghormatan besar. Pemilihan peserta berdasarkan kepada beberapa kriteria termasuk kestabilan kesihatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sharuddin berkata gambar yang tular sejak Selasa memaparkan peserta makan di bawah pokok adalah peserta perbarisan daripada PVATM Kedah yang berehat di sekitar Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya sebelum waktu solat, majlis tahlil dan doa selamat.
"PVATM tidak akan teragak-agak untuk mengambil pendekatan undang-undang terhadap mereka yang menularkan komen serta kritikan negatif terhadap PVATM, sebagai langkah membendung supaya perkara itu tidak berulang," katanya.
Rada Rabu tular di media sosial memaparkan beberapa veteran ATM berdiri di tengah panas dalam satu acara di Putrajaya pada Sabtu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Sharuddin berkata gambar yang tular sejak Selasa memaparkan peserta makan di bawah pokok adalah peserta perbarisan daripada PVATM Kedah yang berehat di sekitar Masjid Tuanku Mizan. - Foto BERNAMA

Setahun Taliban | Afghanistan masih berdepan krisis ekonomi
15 Ogos ini memasuki genap setahun Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afganistan daripada bekas Presiden, Asraf Ghani.

Krisis Myanmar | Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara lagi
Bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara, kali ini selama enam tahun. Perbicaraan itu bagaimanapun diadakan secara tertutup, dan pasukan guamannya juga dilarang berkongsi maklumat perbicaraan tersebut.

Hujan Lebat | 31 maut, puluhan hilang akibat banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 31 maut dan puluhan yang lain hilang selepas banjir kilat melanda utara Afghanistan akibat hujan lebat. Menurut Agensi Berita Bakhtar, banjir dilaporkan berlaku di wilayah Parwan pada Ahad.

Malaysia Airlines | Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Malaysia Aviation Group (MAG) memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu. 10 pesawat akan dibeli daripada syarikat Airbus, manakala 10 lagi akan dipajak daripada syarikat Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Negara Penuaan | Bagaimana hala tuju persaraan 16 juta rakyat di sektor informal?
Kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor tidak formal mungkin akan terperangkap dalam kedudukan kewangan dan tidak mampu membawa diri ke hari persaraan jika tiada simpanan yang mencukupi.

Peranti Siswa | Majlis perwakilan pelajar bantu kemuka rayuan
Majlis perwakilan pelajar diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan Program Peranti Siswa bagi mengemukakan semula rayuan mereka. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Politik | BN belum putuskan kedudukan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.

Musim Kemarau | Bomba beri tumpuan lokasi panas di tujuh negeri
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan di beberapa lokasi panas kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka bagi menghadapi musim kemarau seluruh negara dijangka September depan. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, selepas berakhirnya monsun timur laut, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrim.

Polis sahkan rakyat Malaysia disyaki terlibat kes makmal syabu ditahan di Indonesia
PDRM mengesahkan seorang lelaki Malaysia ditahan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia pada bulan lepas di Batam.

Veteran ATM berdiri tengah panas, situasi biasa perbarisan statik - PVATM
Perbarisan itu dianjurkan PVATM sempena meraikan 100 tahun persatuan dan bukan majlis perjumpaan bersama Menteri Kanan Pertahanan.

100,000 Veteran ATM disasar jadi usahawan digital di MyVeteranMall
Sistem yang digunakan adalah lebih mudah berbanding platform e-Dagang lain yang berada di pasaran dan ia tidak melibatkan penyertaan orang awam.

PM ziarah keluarga sahabat di hospital
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa kira-kira 30 minit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk bertemu ahli keluarga sahabatnya yang dirawat di hospital itu.

Veteran angkatan tentera sokong usaha tangani ancaman kumpulan militan Daish
Presidennya, Ismail Abidin berkata PVATMTB sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan dan menggunakan pengalaman anggota-anggotanya agar tindakan yang dilaksanakan itu membuahkan hasil.

Perak negeri pertama beri geran veteran tentera
Selain geran RM100,000 yang diberikan kepada PVATM Perak, kerajaan negeri turut memberi geran RM3,000 kepada setiap 44 cawangan persatuan di seluruh Perak.