KUALA LUMPUR: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM250 turut diberikan kepada veteran dan balu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Beliau berkata bantuan membabitkan peruntukan berjumlah RM23 juta itu bakal memberi manfaat kepada sejumlah 92,013 veteran dan balu veteran ATM yang tidak berpencen.
"Mereka bakal menerima wang ini pada 21 April, diharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban veteran yang tidak berpencen untuk meraikan Aidilfitri," katanya pada sidang media pada Majlis Perjumpaan, Berbuka Puasa dan Ramah Mesra Bersama Persatuan-Persatuan Veteran ATM di Wisma Perwira ATM di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad.
Mengulas sesi dialog bersama veteran ATM pada majlis itu, Ikmal Hisham berkata antara isu utama yang dibangkitkan ialah jurang pencen anggota yang bersara selepas dan sebelum 2013.
"Turut dibangkitkan Elaun Kenangan kepada veteran ATM yang menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) selain tuntutan bil dan peralatan hospital kerana ada yang menerima rawatan tetapi tidak boleh melakukan tuntutan," katanya.
Beliau berkata banyak isu lain turut dibangkitkan kerana terdapat 121 persatuan induk membabitkan veteran ATM dan 80 persatuan hadir hari ini yang mewakili pelbagai latar belakang.
"Tentulah masalah dan fokus mereka berbeza. Bagaimanapun, kita mengambil maklum apa masalah utama dan akan membawanya ke peringkat atasan khususnya kepada (Menteri Kanan Pertahanan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein," katanya.
Pada majlis itu, JHEV ATM menerima sumbangan zakat daripada institusi perbankan Affin Hwang Investment sebanyak RM360,000 yang akan diagih kepada asnaf veteran ATM.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022

Ikmal Hisham berkata, bantuan membabitkan peruntukan berjumlah RM23 juta itu bakal memberi manfaat kepada sejumlah 92,013 veteran dan balu veteran ATM yang tidak berpencen. - Gambar fail

Bilangan mangsa banjir Sabah kembali meningkat
Bilangan mangsa banjir di Sabah menunjukkan trend peningkatan semula ekoran hujan lebat berterusan pada malam Isnin.

AWANI Ringkas: Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

34 maut, 150 parah dalam serangan bom di masjid
Sekurang-kurangnya 34 orang disahkan maut manakala 150 yang lain cedera parah susulan serangan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di bandar Peshawar, Pakistan.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berpendapat dua negara berjiran yang harmoni dalam kepelbagaiannya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.

AWANI Ringkas: Batu Puteh | Sedia runding demi kepentingan Malaysia-Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Jeti roboh di Pulau Pababag
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bocor, tongkang sarat kontena nyaris karam
Sebuah tongkang yang membawa pelbagai jenis kontena hampir karam selepas ia mengalami kebocoron ketika berada di perairan muara Kuala Muda.

Tiga punca negara kurang guru, menurut Dr Anuar
Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad memaklumkan punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak mata pelajaran, ramai guru bersara awal dan dilantik ke posisi pentadbiran.

Veteran ATM tidak berpencen, balu turut terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Bantuan membabitkan peruntukan berjumlah RM23 juta itu bakal memberi manfaat kepada sejumlah 92,013 veteran dan balu veteran ATM yang tidak berpencen.

Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 untuk penjawat awam Perak, bekas ADUN RM500
Penjawat awam negeri Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1,000 pada 25 April ini.

Kerajaan umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 buat pesara
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 25 April 2022.