SEREMBAN:Veteran Perang Dunia Kedua Prebet Ujang Mormin, 100, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor lewat petang Selasa.
Berita duka itu disahkan cucu saudara perempuannya Lailawati Jamil, 59, ketika dihubungi Bernama di sini, yang berkata arwah meninggal dunia pada 5.05 petang.
Menurutnya, Allahyarham Ujang yang dipanggil atuk itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Jan lalu selepas dikesan positif COVID-19.
"Pihak hospital telefon saya empat hari lepas memaklumkan arwah sudah kritikal, dan sejak dari itu setiap hari saya mengikuti perkembangan keadaannya menerusi panggilan video dan semalam pun saya sempat tanya keadaan atuk lagi.
"Sebelum ini arwah ada meluahkan kerinduan untuk berjumpa sanak saudara dan kawan-kawan, seakan-akan arwah tahu masanya dah tiba, tapi kerana keadaan COVID-19 ketika ini kami tidak dapat menziarahinya, saya rasa agak terkilan," katanya.
Lailawati berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Allahyarham ialah pada awal Januari lepas di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Menyifatkan arwah sebagai seorang yang baik hati, pemaaf dan senang berkawan dengan orang ramai, Lailawati berkata kematian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada keluarganya.
Menurutnya, urusan mandi, mengkafankan dan solat jenazah diatur oleh pihak Kementerian Kesihatan di Hospital Sungai Buloh kira-kira 9 pagi esok dan dijangka dikebumikan di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Port Dickson pada tengah hari.
Allahyarham Ujang yang berasal dari Kampung Kundur, Rembau pernah bersama-sama legenda wira perang Allahyarham Lt. Adnan Saidi ketika menentang tentera Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021
Veteran Perang Dunia Kedua Prebet Ujang Mormin, 100, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor lewat petang Selasa. - BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Veteran Perang Dunia Kedua berusia 96 tahun ini akhirnya jadi graduan pada 2020
Kisah kegigihan Giuseppe Paterno menjadi contoh buat pelajar universiti di seluruh dunia yang jauh lebih muda daripadanya.