awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1.53 juta daftar undi pos bagi pilihan raya umum Bangladesh
China perketat kawalan eksport barangan dwiguna ke Jepun
NASA sahkan objek pertama tanpa bintang dan didominasi jirim gelap di alam semesta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Veteran komando bantu operasi mencari guru besar hilang

Bernama
Bernama
01/11/2015
03:42 MYT
Veteran komando bantu operasi mencari guru besar hilang
Jashiah (gambar), 53, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang Jumaat dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan guru besar itu tiada di rumah.
Operasi mencari dan menyelamat guru besar yang hilang sejak sembilan hari lepas di Taman Seri Seruling di sini, kini turut disertai pasukan veteran komando.
Pasukan veteran komando itu diketuai Penasihat Veteran Komando Malaysia, Datuk Shamsudin Abas bagi mencari guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu.
Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Razi Hasan berkata, seramai 70 orang veteran komando itu menyertai pasukan mencari dan menyelamat lain yang terdiri daripada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Renjer Hutan dan penduduk kampung.
"Pasukan mencari dan menyelamat kini seramai 167 anggota termasuk 70 anggota veteran komando itu yang akan menggunakan pengalaman mereka di hutan bagi membantu pencarian itu," katanya ketika ditemui pemberita di pusat operasi, Kampung Buluh Telur, pada Sabtu.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat itu kini juga dibahagikan kepada tujuh kumpulan kecil. "Tujuh kumpulan itu melakukan operasi mencari meliputi hutan Bukit Kutu, air terjun berhampiran Taman Milenium, pencarian dari rumah ke rumah penduduk kampung, kebun getah serta anak sungai berhampiran pusat operasi," kata Razi.
Jashiah, 53, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang Jumaat dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan guru besar itu tiada di rumah.
Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.
Topic Berkaitan
#Guru Besar
#hilang
#Jashiah
#komando
#operasi
#Taman Seri Seruling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan