MALAYSIA

VFive Group salur RM2.5 juta zakat perniagaan kepada PPZ-MAIWP

Astro Awani 18/01/2026 | 09:15 MYT
Mohd Syafiq (kiri) menyerahkan replika cek kepada Ahmad Fauwaz (tengah). Turut sama Abdul Hakim. -Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: VFive Group Sdn Bhd menyalurkan zakat perniagaan berjumlah RM2.5 juta kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh tanggungjawab sosial korporat serta menyokong pembangunan sosioekonomi golongan asnaf, khususnya di Lembah Klang.


Ringkasan AI
  • VFive Group Sdn Bhd salurkan zakat perniagaan RM2.5 juta kepada PPZ-MAIWP untuk sokong asnaf di Lembah Klang, sejajar dengan tanggungjawab sosial korporat dan nilai kerohanian.
  • Pendekatan 'shared prosperity' syarikat pastikan zakat memberi manfaat jangka panjang dan terus komited dalam tanggungjawab sosial korporat.
  • Selain zakat, VFive Group turut laksanakan pelbagai program CSR termasuk bantuan makanan, pakaian, pendidikan, serta sumbangan di peringkat antarabangsa.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Penyerahan zakat itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah, kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman, dengan disaksikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Ali @ Fadzil.

Majlis penyerahan berkenaan berlangsung bersempena sambutan Israk Mikraj 1447H yang dianjurkan oleh VFive Group, sekali gus mencerminkan usaha syarikat menyelaraskan penghayatan nilai kerohanian dengan amalan tadbir urus korporat.

Menurut Mohd Syafiq, pembayaran zakat itu bukan sekadar memenuhi tuntutan fardu, malah mencerminkan nilai empati, ihsan dan amanah yang menjadi teras falsafah perniagaan kumpulan tersebut.

“Sumbangan ini bukan sekadar bantuan jangka pendek, sebaliknya merupakan komitmen berterusan VFive Group sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab dan cakna terhadap kebajikan masyarakat.

“Pendekatan shared prosperity ini memastikan keuntungan yang diperoleh dapat dikembalikan kepada masyarakat melalui saluran zakat yang telus,” katanya.

Beliau turut menegaskan, zakat berperanan sebagai instrumen strategik dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat Islam, terutama ketika berdepan tekanan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup.

Selain zakat perniagaan, VFive Group menerusi Yayasan VFive turut aktif melaksanakan pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan.

Sepanjang 2025, syarikat itu memperuntukkan kira-kira RM30 juta bagi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) melibatkan bantuan kebajikan, pembangunan komuniti dan sokongan pendidikan.

Antara program yang telah dilaksanakan termasuk penyediaan 750 pek makanan iftar harian, sumbangan baju raya kepada anak-anak yatim, program singgah sahur, tajaan umrah pada bulan Ramadan, edaran beras bulanan serta bantuan kepada masjid, surau, pusat tahfiz dan institusi pendidikan.

Komitmen kebajikan VFive Group turut diperluaskan ke peringkat antarabangsa menerusi penyaluran bantuan kepada masyarakat Islam di Masjidil Haram, Madinah dan beberapa wilayah di Indonesia.

VFive Group percaya sinergi antara kejayaan korporat dan kesejahteraan masyarakat merupakan asas kepada pertumbuhan yang mampan, dan sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama strategik bagi memperluaskan manfaat kepada lebih banyak komuniti.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah zakat perniagaan yang disalurkan oleh VFive Group Sdn. Bhd. kepada PPZ-MAIWP?
    A: VFive Group Sdn Bhd menyalurkan zakat perniagaan berjumlah RM2.5 juta kepada PPZ-MAIWP.
  • Q: Siapakah yang menyempurnakan penyerahan zakat perniagaan tersebut kepada PPZ-MAIWP?
    A: Penyerahan zakat perniagaan oleh VFive Group Sdn Bhd kepada PPZ-MAIWP disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah.
  • Q: Apa yang menjadi sebahagian daripada komitmen VFive Group Sdn Bhd dalam memperkukuh tanggungjawab sosial korporat?
    A: VFive Group Sdn. Bhd. memperkukuh tanggungjawab sosial korporat dengan menyalurkan zakat perniagaan serta melaksanakan pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan melalui Yayasan VFive.
  • Q: Apa yang ditekankan oleh Mohd Syafiq berkenaan dengan sumbangan zakat perniagaan oleh VFive Group Sdn. Bhd.?
    A: Mohd Syafiq menegaskan bahawa sumbangan zakat perniagaan oleh VFive Group bukan sekadar bantuan jangka pendek, tetapi merupakan komitmen berterusan syarikat sebagai entiti korporat bertanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat.
  • Q: Apakah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh VFive Group Sdn. Bhd.?
    A: VFive Group Sdn. Bhd. melaksanakan pelbagai program CSR termasuk penyediaan makanan iftar, sumbangan baju raya kepada anak yatim, program singgah sahur, tajaan umrah, edaran beras bulanan, serta sokongan kepada masjid, surau, pusat tahfiz, dan institusi pendidikan.



#VFive Group #zakat perniagaan #golongan asnaf #PPZ-MAIWP