Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
GADGETS

Vibe dilancar semula sebagai Divine, larang kandungan janaan AI

Astro Awani 16/11/2025 | 03:20 MYT
Platform Vine kembali dengan nama baharu, Divine, selepas dihentikan pada 2016. -Amanz
PLATFORM perkongsian video Vine kembali sebagai Divine selepas ditamatkan pada 2016.


Ringkasan AI
  • Platform Vine kembali dengan nama baharu, Divine, selepas dihentikan pada 2016.
  • Divine dibiayai oleh Jack Dorsey melalui entiti "and Other Stuff" dan tidak menggunakan kecerdasan buatan.
  • Pengguna boleh memuat turun video pendek sehingga enam saat tanpa penglibatan kecerdasan buatan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Divine menerima dana daripada Jack Dorsey melalui entiti “and Other Stuff”. Keunikan platform ini ialah ia tidak membenarkan kandungan janaan kecerdasan buatan (AI).

Pengguna boleh memuat turun video sehingga enam saat, dan sistem Divine akan mengesan sama ada ia dirakam menggunakan telefon, bukan dijana AI.

Selain dilancarkan semula sebagai Divine, pembangun aplikasi ini akan memulihkan sehingga 200,000 video klasik Vine yang disandarkan sebelum perkhidmatan ditamatkan.

Pemilik video asal boleh meminta Divine mengembalikan akaun lama mereka atau memohon supaya video dipadamkan jika tidak mahu ia dipaparkan di laman.

Disebabkan Divine menerima dana Jack Dorsey, ia menggunakan protokol sumber terbuka Nostr, membolehkan pembangun lain menghasilkan aplikasi sendiri untuk memaparkan kandungan Divine.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di peranti Android dan iOS atau diakses melalui laman divine.video. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keunikan Divine berbanding platform lain?
    A: Divine tidak menggunakan kecerdasan buatan untuk mengesan video, membenarkan pengguna merakam tanpa halangan.
  • Q: Bagaimana Divine merancang untuk mengembalikan video klasik Vine?
    A: Divine akan memulihkan sehingga 200,000 video klasik Vine yang disandarkan sebelum perkhidmatan ditamatkan.
  • Q: Adakah pemilik video asal berpeluang meminta Divine untuk mengambil tindakan tertentu terhadap video mereka?
    A: Ya, pemilik video asal boleh meminta Divine untuk mengembalikan akaun lama mereka atau meminta video dipadamkan jika perlu.



#divine #Vibe #haramkan kandungan janaan AI #Jack Dorsey