MALAYSIA
VICCB ukir nama Malaysia di pentas dunia, rangkul kejuaraan di Jakarta
Kemenangan di Jakarta ini bukan sahaja menjadi kebanggaan warga Victoria Institution, malah menjadi simbol bahawa anak muda Malaysia mampu bersaing di pentas dunia.
KUALA LUMPUR: Victoria Institution Cadet Corps Band (VICCB) sekali lagi mengangkat martabat negara di persada antarabangsa apabila merangkul pelbagai anugerah utama pada Kejohanan Dunia World Association of Marching Show Band (WAMSB) yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, dari 8 hingga 10 Ogos lalu.
Ringkasan AI
Pertandingan berprestij yang menghimpunkan pasukan pancaragam terbaik dunia itu disertai wakil dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Taiwan dan Poland.
Di hadapan ribuan penonton dan juri antarabangsa, VICCB tampil memukau dengan persembahan yang sarat disiplin, ketepatan gerak dan kreativiti luar biasa, sekali gus menawan hati semua yang menyaksikannya.
Kejayaan cemerlang itu menyaksikan VICCB dinobatkan sebagai Juara Divisyen Senior Field Parade, Juara Drum Major Divisyen Senior Field Parade, Naib Juara Divisyen Senior Marching Show Bands serta tempat ketiga bagi kategori Komander Padang Showband Divisyen Senior.
Pengarah Pasukan VICCB, Nazmi Naim Abd Ghani yang juga alumni Victoria Institution berkata, kemenangan ini adalah hasil latihan intensif berbulan-bulan serta semangat juang yang tidak pernah luntur dalam kalangan ahli pasukan.
“Kami amat berbangga membawa nama Malaysia ke pentas dunia. “Kejayaan ini hasil usaha gigih dan komitmen seluruh ahli pasukan. Saya sangat berbangga dengan pencapaian pelajar kami,” katanya penuh bersemangat.
Selain itu salah seorang ahli pasukan yang juga merupakan Drum Major VICCB, Fazrick turut dinobatkan sebagai 'Juara Drum Major Field Parade.
Pasukan ini turut dibimbing oleh tujuh jurulatih berpengalaman, dengan sokongan padu Pengurus Pasukan Zakaria Patrum, Parent Support Group (PSG) yang diketuai Izafarhana, serta Ketua Guru Penasihat Azmier Azhan.
Pengetua Victoria Institution, Abd Samad, turut memberikan dorongan penuh sejak awal persiapan.
Dengan sejarah gemilang lebih 116 tahun, VICCB terus mengekalkan reputasinya sebagai ikon persembahan beruniform negara, terkenal dengan mutu persembahan yang tinggi di pentas kebangsaan dan antarabangsa.
Kemenangan di Jakarta ini bukan sahaja menjadi kebanggaan warga Victoria Institution, malah menjadi simbol bahawa anak muda Malaysia mampu bersaing di pentas dunia, mengharumkan nama negara dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus berdisiplin, berkarya dan mengejar impian tanpa batas.
Ringkasan AI
- Victoria Institution Cadet Corps Band (VICCB) mengharumkan nama Malaysia apabila merangkul pelbagai gelaran utama di Kejohanan Dunia World Association of Marching Show Band (WAMSB) 2025 di Jakarta. Pasukan ini muncul juara bagi Divisyen Senior Field Parade dan kategori Drum Major, naib juara Divisyen Senior Marching Show Bands serta tempat ketiga Komander Padang Showband Divisyen Senior. Persembahan mereka yang sarat disiplin dan kreativiti memukau juri serta penonton. Pengarah pasukan, Nazmi Naim Abd Ghani, menegaskan kejayaan ini hasil latihan berbulan-bulan, sokongan jurulatih, pengurus pasukan, Parent Support Group dan pengetua sekolah. Dengan sejarah lebih 116 tahun, VICCB terus menjadi ikon persembahan beruniform negara dan inspirasi kepada generasi muda untuk mencapai kecemerlangan di pentas dunia.