awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video air berlumpur, berapi bukan di Johor

Bernama
Bernama
20/04/2015
02:52 MYT
Video air berlumpur, berapi bukan di Johor
Fenomena itu sebenarnya berlaku di daerah Pingtung di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun. - YouTube
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan video fenomena air berlumpur dan berapi yang tersebar di laman sosial sejak Jumaat sebenarnya berlaku di Pingtung, Taiwan dan bukannya di Batu Pahat, Johor. Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) PDRM, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, fenomena itu berlaku di daerah Pingtung di mana gunung berapi lumpur Wandan memuntahkan lumpur dan mengeluarkan gas asli sekali atau dua kali setahun.
Kebakaran pula berlaku akibat tindakan penduduk setempat yang membakar gas asli itu, kataya dalam kenyataan di sini, malam tadi. Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu sedemikian kerana ia boleh membangkitkan pelbagai spekulasi negatif.
Video yang dipercayai tersebar dilaman sosial
Beberapa laman sosial baru-baru ini menyebarkan rakaman video mengenai fenomena air berlumpur dan berapi yang didakwa berlaku di Jirat Cina Batu 4, Jalan Kluang, Batu Pahat.
Topic Berkaitan
#air berlumpur
#khabar angin
#PDRM
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan