awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video dua mangsa dera, ugut dengan 'stun gun' berlaku di luar negara - Bukit Aman

Bernama
Bernama
02/06/2022
16:06 MYT
Video dua mangsa dera, ugut dengan 'stun gun' berlaku di luar negara - Bukit Aman
PDRM mengesahkan kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita bukan warga Malaysia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua video melibatkan dua mangsa yang diugut dan didera dengan alat renjatan elektrik (stun gun) yang tular di media sosial baru-baru ini berlaku di luar negara dan bukan di Malaysia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut mengesahkan kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita bukan warga Malaysia.
Beliau berkata PDRM mengambil maklum mengenai penularan dua video terbabit.
"Video pertama berdurasi 54 saat melibatkan mangsa wanita dipercayai warga Vietnam manakala mangsa dalam video kedua yang berdurasi seminit dan 47 saat pula adalah lelaki.
"Kedua-dua mereka digari di atas katil dan diugut dengan stun gun," katanya dalam kenyataan malam ini.
Abd Jalil menasihati orang ramai untuk tidak menyebarkan video-video yang tidak diketahui kesahihannya itu kerana dikhuatiri akan mencetuskan kegusaran awam.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung video berkenaan diminta tampil menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#stun gun
#viral
#luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan