awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video gaduh tular berpunca salah faham antara keluarga pelajar, suami guru

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/01/2023
10:00 MYT
Video gaduh tular berpunca salah faham antara keluarga pelajar, suami guru
Tangkap layar video tular yang memaparkan seorang lelaki dibelasah sekumpulan penduduk yang dilihat tidak berpuas hati. - Tangkap layar video tular
ALOR SETAR: Insiden pergaduhan yang tular di laman sosial baru-baru ini dipercayai berpunca daripada perselisihan faham melibatkan suami seorang guru dan anggota keluarga seorang pelajar Tahun 1 di Merbok, di sini.
Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, berdasarkan siasatan, polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang, pada 3 Januari lalu membabitkan seorang lelaki berusia lewat 40-an dan suami kepada seorang guru di sekolah tempat anaknya belajar.
"Sebenarnya dalam kes ini, berlaku sedikit salah faham membabitkan seorang pelajar Tahun 1 sesi petang.
"Suami kepada guru pelajar itu, yang beranggapan kanak-kanak itu belajar pada sesi pagi, bertindak menghantar dia pulang ke rumah bapanya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Namun, Zaidy memberitahu, melihat anaknya bersama seorang lelaki tidak dikenali, menyebabkan bapa kanak-kanak tidak puas hati dan menyerang lelaki itu.
Beliau memberitahu, polis sudah memanggil kesemua pihak dan bapa kanak-kanak itu.
"Selepas diberikan penjelasan, bapa kanak-kanak itu berpuas hati dengan niat sebenar suami guru berkenaan membawa kanak-kanak itu," ujarnya.
Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau provokasi berhubung kejadian itu.
Sebelum ini, tular video berdurasi dua minit 38 saat yang memaparkan seorang lelaki dibelasah sekumpulan penduduk yang dilihat tidak berpuas hati.
Kumpulan itu kemudian dilihat mengikat kaki dan tangan lelaki itu menggunakan tali.
Topic Berkaitan
#video tular
#peselisihan faham
#pergaduhan
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan