awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video gaduh tular: Polis kesan individu terbabit, orang ramai diminta tampil salur maklumat

Aida Aziz
Aida Aziz
07/02/2023
05:15 MYT
Video gaduh tular: Polis kesan individu terbabit, orang ramai diminta tampil salur maklumat
Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang tular di aplikasi WhatsApp yang terbabit dalam insiden kekecohan di luar bangunan Seri Kinta di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Ahad lalu.
IPOH: Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang tular di aplikasi WhatsApp yang terbabit dalam insiden kekecohan di luar bangunan Seri Kinta di Jalan Sultan Idris Shah, di sini, Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu juga diminta tampil untuk membantu siasatan.
Katanya lagi, hari ini Polis daerah Ipoh telah mengesan satu video berdurasi 23 saat yang tular melalui aplikasi Whatsapp memaparkan satu kejadian kekecohan.
"Ia melibatkan sekumpulan individu yang dikatakan berlaku di Ipoh, di mana telah menarik perhatian masyarakat umum.
"Semakan pihak polis mendapati bahawa kejadian tersebut dipercayai berlaku pada malam 5 Februari, di luar bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah.
"Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.
Ini kerana, jelas Yahaya, tindakan itu boleh menjejaskan siasatan polis selain menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Topic Berkaitan
#video gaduh
#Aplikasi WhatsApp
#bangunan Seri Kinta
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan