awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video gaduh tular: Sembilan lelaki dihadapkan ke mahkamah

Bernama
Bernama
15/06/2023
09:36 MYT
Video gaduh tular: Sembilan lelaki dihadapkan ke mahkamah
Media sebelum ini melaporkan sembilan lelaki ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan di Sri Jaya, yang dipercayai berpunca akibat salah faham akibat meletak motosikal. - Gambar fail/ Media sosial
MARAN: Sembilan lelaki yang videonya tular di media sosial kerana bergaduh di hadapan sebuah pasar raya, Ahad lepas, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.
Tujuh daripada mereka didakwa atas kesalahan berada dalam rusuhan di hadapan pasar raya tersebut di Sri Jaya, pada 1 tengah hari, 11 Jun, manakala dua lagi didakwa atas pertuduhan berada di dalam rusuhan dan memiliki parang di tempat dan masa yang sama.
Tujuh tertuduh Chai Soon Nian, 47; T. Kumaran, 44; K. Ravi, 23; T. Raghu, 40; T. S. Ramesh, 38; T. Suresh, 30, dan Ling Sin Tun, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.
Pertuduhan ke atas tujuh individu itu dikemukakan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dua lagi tertuduh Tan Weng Kok, 59, dan Tan Chien Ann, 27, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 148 KK, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izani Nashtasya Isa manakala peguam M. Varunchelvam mewakili kesemua tertuduh.
Mahkamah membenarkan kesemua tujuh tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan RM6,000 bagi dua tertuduh, masing-masing dengan seorang penjamin serta menetapkan 28 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman mengesahkan sembilan lelaki ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan di Sri Jaya di sini, yang dipercayai berpunca akibat salah faham akibat meletak motosikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tular
#pergaduhan
#Maran
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan