KUALA TERENGGANU: Tular video berdurasi 41 saat memaparkan seorang guru bertindak memarahi dan memukul bahagian kepala seorang murid lelaki dipercayai berlaku dalam sebuah majlis rasmi di sebuah sekolah di daerah ini.
Video tersebut dikongsikan menerusi hantaran di laman sosial milik Siti Hajar berserta keterangan 'pendidik harus terdidik' yang setakat ini mendapat 490,000 tontonan dan 5,600 perkongsian sejak Rabu.
Selain itu, individu dipercayai merupakan seorang guru itu turut memuat naik video kedua berdurasi 10 saat menunjukkan seorang lagi pelajar lelaki lain turut ditolak oleh guru berkenaan dalam majlis yang sama.
Menurut Siti Hajar, perkongsian itu dibuat sebagai peringatan kepada individu lain supaya tidak mengulangi perbuatan sama.
"Biarlah nok kene saman ke nok kene mende ke. Nak upload jugop (juga). Takdop (tiada) niat nak buka aib tapi untuk jadi peringatan belaka ke (semua) orang.
"Mu cg (cikgu) ke guru besor (besar) ke, PK (penolong kanan) ke. X (tak) kisoh (kisah) lah sape (siapa) mu tu. Cuma masa nak marah atau tegur anak murid tu biar beradab sikit.
"Aku tak pernah buat student aku gitu (macam tu) nok (nak) maroh (marah) macam mana pun. Orang dok (tidak) wat (buat) depan orang gitu ramai-ramai. Biar cerdik sikit cg (cikgu) 'eyh', " tulisnya.
Video kedua yang dikongsi Siti Hajar menunjukkan guru yang sama menyepak murid lelaki lain dalam majlis yang sama di sekolah berkenaan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan itu tidak wajar dilakukan dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh murid dan guru.
Mohd Sabhi Mohd Ghani berkata, sekalipun murid berkenaan melakukan kesalahan tidak wajar dia dihukum di hadapan orang ramai seperti itu.
"Lau (kalau) buat salah pun tangan jangan sampai kt (dekat) kepala. Harap ambil tindakan," tulisnya.
Sementara itu, Manap Al-Banjari pula berkata, tindakan tegas wajar diambil ke atas guru berkenaan kerana tidak mengikut peraturan dalam menghukum murid sebaliknya bertindak mengikut cara sendiri.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia), PPD KT (Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu), JPNT (Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu), KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) Putrajaya. Sila ambil tindakan tegas kepada guru ini. Tak ikut pekeliling la ni. Ikut suka sendiri," tulisnya.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaharu, guru berkenaan mengakui telah memadam dua hantaran video berkenaan kerana kes tersebut sedang dalam siasatan.
"Saya terpaksa delete (padam) video itu. As expected (seperti dijangka). It's ok at least I've tried. (Tak mengapa sekurang-kurangnya saya telah cuba).
"Diminta netizen semua bertenang dan berhenti sebarkan video tersebut demi kebaikan saya dan semua. Kes dalam siasatan dan semoga semuanya dipermudahkan," tulisnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 14 2023
Video pertama dikongsikan memaparkan guru berkenaan menampar dan menolak bahu seorang murid dalam sebuah majlis di sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu. - Gambar/ Sinar Harian
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Dia didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.
Polis siasat video tular lelaki hisap rokok di stesen minyak, memandu secara berbahaya
Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Polis nafi berlaku kejadian penculikan di Kajang
Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat yang berkaitan kejadian yang dipaparkan dalam video berkenaan.
Video tular: Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, akhlak mulia - Mohd Na'im
Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.
Video tular: Ular sawa lima meter antara paling panjang ditangkap - APM
Ular sawa yang tular itu dianggarkan panjang lebih lima meter dengan berat sekitar 80 kilogram semasa ditangkap di Taiping.
Lelaki dipukul gara-gara tegur bunyi ekzos kereta bising
Polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul individu yang menegurnya akibat bunyi bising ekzos kereta pada Selasa.