MALAYSIA
Video keselamatan MAS tonjol kekayaan budaya, perpaduan negara
Secara tidak langsung, video keselamatan baharu Malaysia Airlines ini memperlihatkan kekuatan sebenar Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian warisan budaya dan perpaduan. - YouTube Malaysia Airlines
KUALA LUMPUR: Video keselamatan terbaharu Malaysia Airlines (MAS) bukan sahaja berjaya menyampaikan mesej penting mengenai tatacara keselamatan penerbangan, tetapi turut meraikan kekayaan kepelbagaian budaya dan menonjolkan perpaduan Malaysia di mata dunia.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata usaha syarikat penerbangan negara itu secara tidak langsung memperlihatkan kekuatan sebenar Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian warisan budaya dan perpaduan.
"Baru sahaja menonton video keselamatan Malaysia Airlines yang baharu, amat membanggakan! Inilah wajah Hospitaliti Malaysia yang sebenar.
"Tahniah Malaysia Airlines kerana terus mengangkat nama Malaysia dengan penuh kebanggaan," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Video keselamatan terbaharu MAS berdurasi 4 minit 21 saat itu mempamerkan keindahan Malaysia termasuk lokasi tumpuan pelancong seperti Masjid Putra, Batu Caves, Jalan Petaling selain keindahan Kuala Lumpur.
Sementara itu, MAS dalam catatan di Facebooknya memaklumkan video keselamatan dalam penerbangan yang diperbaharui syarikat penerbangan itu mempamerkan keindahan Malaysia sambil menyampaikan arahan keselamatan yang penting, semuanya dengan kemesraan layanan Malaysia.
"Ketika kami bersiap sedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, kami menjemput dunia untuk menikmati kekayaan budaya, warisan dan destinasi ikonik kami, terus dari tempat duduk anda di dalam Malaysia Airlines," katanya.
-- BERNAMA