INTREND
[VIDEO] Temu bual kumpulan K-Pop popular SISTAR duta baru Skechers
OLEH : Rosie Haslinda Nasir
SATU-SATUNYA KUMPULAN K-POP KEGILAAN DUNIA, SISTAR, BAKAL MENGGONCANG MENYIMBAH WARNA PADA DUNIA FESYEN. YA, SISTAR KINI MERUPAKAN DUTA RASMI SKECHERS!

Jadi ya, selepas satu panggilan telefon dan dua lembar e-mel daripada pihak Skechers Malaysia, InTrend Malaysia mengesahkan kehadiran untuk temu bual eksklusif bersama bintang nyanyian K-Pop terhangat masa kini, kumpulan SISTAR! Program temu bual eksklusif ini dirangkum bersama peluang menyaksikan proses di balik tabir fotografi kempen terbaru Skechers bersama kumpulan SISTAR. SISTAR diberi mandat untuk memasyhurkan kempen Skechers peringkat Asia Pasifik selama setahun. Diberitakan bahawa kasut Skechers D’lites (bakal masuk ke pasaran Malaysia), merupakan kasut Skechers terlaris di Korea, saya percaya sudah tentu gelombang obsesi terhadap D’lites ini sedikit-sebanyak dipandu oleh populariti hebat kumpulan SISTAR. InTrend berpeluang menemu bual kumpulan SISTAR secara eksklusif dan menyaksikan sendiri proses pengggambaran kempen terbaru Skechers yang dilangsungkan di Seoul, Korea.

KATA PRESIDEN SKECHERS, HONG KONG & ASIA TENGGARA
.jpg.aspx)
Hong Kong dan Asia Tenggara.