awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular dakwa restoran beroperasi lebih masa tidak benar - PDRM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
05/07/2021
06:03 MYT
Video tular dakwa restoran beroperasi lebih masa tidak benar - PDRM
Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pihak yang menularkan berita palsu sehingga menjejaskan imej pihak berkuasa tegas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah.
KUALA LUMPUR : Polis menafikan dakwaan sebuah restoran di Jalan Sultan Ismail, di sini yang dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, video tular mendakwa restoran berkenaan beroperasi lebih masa adalah tidak benar berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan pihak polis.
“Restoran tersebut beroperasi mengikut waktu yang dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu antara jam 6 pagi hingga 10 malam.
“Hasil siasatan ke atas video tular tersebut didapati restoran berkenaan tidak melakukan sebarang pelanggaran SOP PKP,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
Mohamad Zainal dalam masa sama menegaskan, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang sengaja menularkan perkara yang tidak tepat sehingga menjejaskan imej pihak berkuasa.
Video tular yang berdurasi 42 saat itu menunjukkan seorang individu lelaki yang membuat rakaman menerusi kenderaannya mendakwa premis tersebut menjalankan operasi lebih masa sewaktu PKP.
Ini termasuk dakwaan kepada pihak berkuasa yang sengaja tidak mengambil tindakan terhadap restoran berkenaan.
Topic Berkaitan
#PKP
#SOP
#Dang Wangi
#ACP Mohamad Zainal Abdullah
#Ketua Polis Daerah Dang Wangi
#restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan