JOHOR BAHRU: Orang ramai diminta membuat laporan sekiranya mempunyai maklumat berhubung video tular seorang kanak-kanak yang meluru ke jalan raya dan menahan kenderaan dipercayai berlaku di Pasir Gudang, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata video berdurasi 27 saat yang dirakam menggunakan kamera perakam video sebuah kenderaan itu, tular di laman Facebook sebuah portal berita hari ini.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku semalam pada 5.46 petang di Jalan Bandar, Pasir Gudang berhampiran Taman Tasik Layang-Layang, di sini.
"Bagaimanapun, setakat ini pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut dan berdasarkan video tersebut tiada sebarang kemalangan direkodkan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
Terdahulu, video tersebut memaparkan seorang kanak-kanak yang kelihatan seperti kanak-kanak lelaki secara tiba-tiba meluru ke lorong kanan jalan lalu menahan kenderaan dan kemudiannya terus beredar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membuat laporan di balai polis berhampiran. - Gambar hiasan/ Bernama

Jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Perak pada petang ini berkurangan kepada 113 orang daripada 39 keluarga berbanding 202 mangsa daripada 60 keluarga pada pagi tadi.

Kemudahan Rakyat | Perbanyakkan rumah kos rendah di Sabah
Kerajaan negeri diseru memberi fokus kepada keperluan membina rumah kos rendah kepada rakyat Sabah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar Sabah (LPPB), Datuk Masiung Banah berkata, ini kerana lebih 30 ribu rakyat negeri itu yang berpendapatan rendah memohon untuk mendapatkan rumah kos rendah daripada pihaknya.

DUN Sarawak | Nilai eksport kayu Sarawak meningkat 26 peratus
Nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan peningkatan 26 peratus kepada 1.04 bilion ringgit bagi tempoh suku pertama tahun 2022. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia berbeza dari jumlah dicatatkan pada tempoh sama tahun 2021 iaitu 826 juta ringgit.

DUN Sarawak | 6,000 KM laluan baharu dibina
Kementerian Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak mengenal pasti 6,000 kilometer laluan baharu yang akan dibina bagi mencapai 100 peratus akses ke seluruh kawasan di negeri itu. Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, data dan strategi yang diformulasikan akan mengukuhkan lagi projek pan borneo, jalan pesisir, dan jalan utama kedua di negeri itu.

DUN Sarawak | Peningkatan ekonomi 8 peratus mampu dicapai
Sasaran Sarawak untuk mencapai peningkatan ekonomi sekitar lapan peratus di bawah Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 adalah wawasan yang realiti. Ini kerana model ekonomi kerajaan negeri adalah terbukti dan selari dengan tumpuan pasaran global terkini.

DUN Sarawak | Pembangunan tenaga hidrogen diperluas
Strategi dan pembangunan tenaga hidrogen di Sarawak akan diperluas serta menyentuh pelbagai sudut jana kuasa termasuk sebagai salah satu bahan api penerbangan mapan (SAF). Abang Johari berkata, kerajaan negeri mempunyai sumber dan fasiliti yang mampu berdaya saing sebagai pembekal tenaga alternatif di peringkat global.

Diskaun tarif elektrik kepada pengeluar dan peruncit makanan di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat susulan inflasi makanan.
![[TERKINI] Sidang Media Khas Menteri Kesihatan [TERKINI] Sidang Media Khas Menteri Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968768/thumbnails/41125446461653563797253_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang Media Khas Menteri Kesihatan
Ikuti sidang media khas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang berlangsung secara hibrid menerusi aplikasi Zoom #AWANInews #MalaysiaSihat #WEF2022

DUN Sarawak | Tangani kenaikan harga makanan secara menyeluruh
Sarawak akan melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat terutama terhadap harga makanan susulan inflasi makanan. Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai situasi itu dan berusaha mengatasinya.

SHMKM | Penternak ayam, telur berdepan kerugian
Penternak ayam dan telur Sarawak berdepan dengan dilema atas kerugian yang dialami mereka disebabkan oleh kawalan harga melalui Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang diperkenalkan sejak Disember tahun lepas. Menurut Pengerusi Persatuan Penternak Sarawak Tsai Kian Shin, sejak pengumuman skim tersebut ia telah mengganggu operasi biasa para penternak dan menyebabkan kerugian yang serius kepada pertenak ayam dan telur.

Penunggang motosikal tidak mengaku cedera warga emas
Seorang penunggang motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas satu pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang warga emas, Ahad lalu.

Kes libas pedang samurai di lebuh raya video lama
Tular klip video durasi 24 saat memaparkan seorang lelaki tempatan melibas sebilah pedang samurai ke arah pekerja lebuh raya yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook 'Joran Caster' kes pada 2018.

Kes bunuh tetak: Polis rakam keterangan wanita, giat kesan empat suspek
Keterangan wanita itu diambil bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki dalam pergaduhan tersebut.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

Lima lelaki ditahan bakar mercun tepi Plaza Tol Setia Alam
Polis hari ini menahan lima lelaki bagi membantu siasatan dalam kejadian membakar mercun di tepi jalan Plaza tol Setia Alam, minggu lepas.

Polis beri penjelasan isu tular lelaki tidak puas hati ketika ditahan
Pegawai polis boleh menghentikan dan menahan mana-mana orang yang disyaki untuk pemeriksaan.

Tular SUV halang ambulan: Pemandu warga emas alami masalah pendengaran
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dikatakan menghalang laluan sebuah ambulan, seperti tular di media sosial, menghadapi masalah pendengaran sejak tiga tahun lalu.

Lelaki maut ditikam, ditetak dalam pergaduhan
Seorang lelaki maut dipercayai ditikam dan ditetak dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di Kampung Baru, Bukit Mertajam.

Polis tahan lelaki warga emas pandu van sekolah secara bahaya, melawan arus
Polis menahan seorang lelaki warga emas semalam yang didapati memandu sebuah van sekolah secara berbahaya dan melawan arus.

Pemandu lori sambilan mengaku tidak bersalah rompak penyampai berita
Seorang pemandu lori sambilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak seorang penyampai berita televisyen.