MALAYSIA
Video tular: Kes 'sumbat' lelaki dalam lori, 3 remaja ditahan polis
Rakaman video kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga remaja yang disyaki terbabit dalam insiden melarikan seorang lelaki menggunakan lori ketika pergaduhan di Jalan Persiaran Puchong Permai, Subang Jaya, pada Selasa lalu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata tiga lelaki berusia 18 dan 19 tahun itu ditahan di Hulu Selangor dan Puchong, jam 10 malam Khamis.
“Permohonan reman untuk tiga lelaki terbabit akan dibuat pagi ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 32 tahun dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan kes sama.
Wan Azlan berkata, masalah hutang dipercayai punca mangsa dilarikan sekumpulan lelaki selepas dia 'disumbat' ke dalam sebuah lori selepas pergaduhan di tengah jalan di Jalan Persiaran Puchong Permai, dalam kejadian Selasa lalu.
Video kejadian itu yang dirakam orang awam kemudian menjadi tular.
Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik atau melarikan seseorang dengan niat untuk mengurungnya secara salah.
Ringkasan AI
- Polis menahan tiga remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun di Hulu Selangor dan Puchong kerana disyaki terlibat dalam insiden melarikan seorang lelaki menggunakan lori selepas pergaduhan di Jalan Persiaran Puchong Permai. Permohonan reman terhadap mereka akan dibuat.
- Seorang lelaki berusia 32 tahun turut ditahan dan direman sebelum ini bagi membantu siasatan kes yang dipercayai berpunca daripada masalah hutang, di mana mangsa disumbat ke dalam lori selepas pergaduhan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik atau melarikan seseorang dengan niat untuk mengurung secara salah, dan video kejadian yang dirakam orang awam telah tular.