awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular konon pendatang China mohon kerakyatan diulang siar - JPN

Bernama
Bernama
05/09/2023
09:13 MYT
Video tular konon pendatang China mohon kerakyatan diulang siar - JPN
JPN berkata urus tadbir pengurusan kewarganegaraan dilaksanakan adalah berlunaskan Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Video tular di media sosial kononnya pendatang China memohon kerakyatan negara ini, merupakan video pada 2018 yang diulang siar, kata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"JPN juga ketika itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi, menafikan perkara ini," menurut kenyataan JPN hari ini, susulan video tular di media sosial mengenai dakwaan "Berduyun-duyun pendatang China nak mohon kerakyatan dari DAP".
Video tular berdurasi satu minit 35 saat di media sosial itu, memaparkan kononnya ratusan individu hadir ke Dewan Serbaguna di Kepong untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia.
JPN memaklumkan urus tadbir pengurusan kewarganegaraan di negara ini berlunaskan Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa, bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.
"Orang ramai perlu berhenti menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima, bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#pendatang china
#JPN
#permohonan kerakyatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan