Video tular lubang mendap depan Menara Rajawali AU3 dapat perhatian Air Selangor

Astro Awani
Januari 27, 2022 01:19 MYT
Video tular berhubung kejadian pembentukan satu lubang akibat mendapan tanah di hadapan Menara Rajawali di AU3 Keramat dapat perhatian Air Selangor. -Video tular
KUALA LUMPUR: Hanya selepas beberapa jam menerima video berhubung kejadian pembentukan satu lubang akibat mendapan tanah di hadapan Menara Rajawali di AU3 Keramat di sini, tindakan kerja pembaik pulih terus dilakukan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
Video berdurasi 52 saat itu tular di media sosial sejak petang semalam.
Insiden yang mengejutkan penduduk setempat itu dipercayai berlaku kira kira jam 5 petang pada Rabu.
Tinjauan Astro AWANI di lokasi kejadian mendapati terdapat beberapa anggota penguat kuasa Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang melakukan pemantauan sebelum kerja baik pulih dilakukan.
Difahamkan pembentukan lubang itu berpunca daripada paip air dalam tanah yang pecah.
Bagaimanapun, ia tidak melibatkan mangsa dan kerosakan harta benda.
#video tular #lubang mendap #Menara Rajawali #Air Selangor