awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular papar 'air terjun' di sebuah pangsapuri

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2022
23:30 MYT
Video tular papar 'air terjun' di sebuah pangsapuri
Kejadian 'air terjun' dipercayai akibat tangki pecah dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Taman Mas, Puchong tular pada Khamis. -Foto Sinar Harian
PUCHONG: Kejadian 'air terjun' dipercayai akibat tangki air pecah di sebuah pangsapuri di Taman Mas di sini tular pada Khamis.
Video berdurasi tiga minit 59 saat itu turut menunjukkan beberapa kenderaan yang di parkir di pekarangan bangunan berkenaan terkena curahan air deras.
Bagaimanapun, video rakaman menunjukkan kejadian kembali reda kira-kira dua minit kemudian dan orang ramai mula berkumpul di kawasan terbabit.
Seorang pengendali Facebook menggunakan akaun nama Cik Bybie II berkata, beliau pernah menyewa sebuah pangsapuri di kawasan itu pada tahun 2016.
"Masa itu rumah tingkat sembilan berdekatan tangki air dan apabila tangki pecah habis semua barang dalam rumah rosak, lebih-lebih lagi (kejadian berlaku) semasa dalam pantang.
"Fobia dengar bunyi tangki pecah kami kemudian berpindah," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pangsapuri di Taman Mas
#tangki air pecah
#air terjun
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan