GSF: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan telah ditahan oleh Israel – Ikuti Laporan Langsung
MALAYSIA

Video tular: Polis cari sekumpulan lelaki terlibat pergaduhan

Bernama 10/08/2021 | 19:58 MYT
Mohd Zaid berkata seorang pegawai polis telah melihat video tular berdurasi satu minit 32 saat tersebut di media sosial. - Facebook Polis Selangor
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan kesemua individu terlibat dalam video tular memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh menggunakan senjata dalam satu kejadian dipercayai berlaku di kawasan perumahan di Flat Sri Timah, Balakong.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata seorang pegawai polis telah melihat video tular berdurasi satu minit 32 saat tersebut di media sosial dan membuat laporan berhubung perkara itu pada 9 pagi semalam.

"Dalam video tersebut memaparkan sekumpulan lelaki menggunakan senjata dipercayai besi atau senjata tajam sedang bergaduh.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan suspek sedang dikesan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 148 dan 269 Kanun Keseksaan.

Mohd Zaid turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Norhafiza Borhan di talian 03-8911 4222.

-- BERNAMA
#media sosial #video tular #Kanun Keseksaan #suspek #sekumpulan lelaki bergaduh #guna senjata #Flat Sri Timah