awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Polis kenal pasti identiti suspek samun, letak parang di leher juruwang

Bernama
Bernama
27/10/2024
11:17 MYT
Video tular: Polis kenal pasti identiti suspek samun, letak parang di leher juruwang
Rakaman video kejadian terbabit yang tular dalam media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki memasuki kedai itu.
SARIKEI: Polis Sarikei mengenal pasti lima suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Meruton pada awal pagi 17 Okt lepas yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM3,500.
Ketua Polis Daerah Sarikei Pemangku Supt Aswandy Anis berkata kelima-lima suspek yang berumur dalam lingkungan 50-an itu merupakan orang tempatan dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes kecurian dan dadah.
"Kita sudah kenal pasti suspek-suspek, sekarang ini tengah kesan mereka. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 4.13 pagi itu, sekumpulan suspek yang bertopeng dan bersenjatakan parang telah memasuki sebuah kedai runcit di Jalan Meruton yang ketika itu hanya dijaga seorang juruwang wanita.
Rakaman video kejadian terbabit yang tular dalam media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki memasuki kedai itu dan seorang daripada suspek meletakkan parang di leher mangsa serta menolak badan mangsa ke bawah meja.
Pada masa sama suspek lain menggeledah serta mengambil pelbagai barangan sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Honda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes samun
#kes dadah
#video tular
#Sarikei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan