KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti seorang remaja perempuan dipercayai terlibat dalam video menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul di kawasan tangga yang tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata remaja terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu kes berkenaan.
Beliau berkata dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya itu, seorang remaja perempuan berusia 12 tahun cedera di kepala dan badan selepas dipukul remaja perempuan lain yang cemburu dengan hubungan mangsa dengan abang angkatnya.
"Pengadu membuat laporan polis pada 9.26 malam semalam berhubung kejadian itu dan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat dipukul suspek yang berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun yang juga rakan sekolahnya.
''Hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian, terdapat rakan suspek yang merakamkan perbuatan suspek serta menularkannya kepada beberapa kumpulan WhatsApp dan laman instagram milik suspek,'' katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan meminta orang ramai agar tidak menularkan video itu lagi.
Sebuah video berdurasi 2.19 saat itu tular di Twitter menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul oleh seorang remaja perempuan lain dan disaksikan tiga orang rakannya di satu kawasan tangga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
Video tular itu menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul oleh remaja perempuan lain dan disaksikan tiga orang rakannya di satu kawasan tangga. - Gambar/ Media sosial
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Video tular: Polis kenal pasti remaja perempuan pukul rakan sebab abang angkat
Polis mengenal pasti seorang remaja perempuan dipercayai terlibat dalam video menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul di kawasan tangga yang tular di media sosial sejak semalam.