KUALA LUMPUR: Polis meminta seorang pemandu bas yang dikesan menggunakan telefon semasa memandu untuk tampil menyerah diri.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.
"Tindakan pemandu bas ini boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada penumpang bas tersebut tetapi kepada pengguna jalan raya lain.
"Kejadian itu dipercayai dirakam oleh salah seorang penumpang bas terbabit," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat nombor pendaftaran bas tersebut adalah ALM9815 dan ketika kejadian bas itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh.
Katanya, JSPT menggesa pemandu bas terbabit segera menyerah diri ke balai trafik daerah berhampiran atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
"Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian ini, boleh sama-sama menyalurkan kepada JSPT melalui Facebook Messenger atau emel terus ke [email protected]," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 01 2023

Polis menggesa pemandu bas yang tular memandu sambil menggunakan telefon bimbit untuk tampil bantu siasatan. -Foto tular media sosial

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Pemandu bas persiaran warga Singapura didakwa seleweng 500 liter diesel bersubsidi
Seorang pemandu bas persiaran warga Singapura dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini pada Khamis, atas pertuduhan menyeleweng 500 liter minyak diesel bersubsidi.

Kerajaan cadang perluas pelaksanaan MyLesen - Loke
Kerajaan bercadang untuk memperluaskan perlaksanaan program MyLesen membabitkan lesen perkhidmatan kenderaan awam (PSV) kelas E (bas).

Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Budak 13 tahun jadi wira, bertindak pantas hentikan bas selepas pemandu pengsan
Dillon menyedari bas sedang meluncur sendiri sementara pemandunya dalam keadaan pengsan.

Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu
Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu

Pemandu bas ekspres terlibat kemalangan meninggal dunia
Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta pada Jumaat lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) awal pagi Ahad.

Anggota JPJ menyamar penumpang pantau pemandu
Menyamar sebagai penumpang antara taktik digunakan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenal pasti serta mengambil tindakan ke atas pemandu bas yang melakukan kesalahan.

E-Mutiara mohon henti tular video pemandu bas putus tangan
Ia bagi menjaga sensitiviti dan perasaan mangsa serta keluarga yang sedang berada dalam kesedihan ketika ini.

Pemandu bas guna telefon ketika memandu ada 13 saman
Tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil terhadap pemandu tersebut.

Pemandu bas guna telefon ketika memandu serah diri
Ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati lelaki tersebut bebas daripada pengaruh dadah.