awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Polis Perak buru lelaki mengintai dalam tandas wanita

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/08/2023
05:43 MYT
Video tular: Polis Perak buru lelaki mengintai dalam tandas wanita
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mengintai di dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak Petronas, di sini, seperti yang tular di media sosial. -Facebook Tapah Club
TAPAH: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mengintai di dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak Petronas, di sini, seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berumur 33 tahun mengenai kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 4.50 petang.
Menurutnya, ketika menggunakan tandas di stesen minyak itu, wanita berkenaan menyedari diintai oleh seseorang melalui ruang atas tandas.
“Semakan rakaman CCTV mendapati seorang lelaki, bangsa tidak dikenali, dalam keadaan mencurigakan telah masuk dalam tandas wanita dan kemudian beredar menaiki sebuah kenderaan jenis Avanza warna perak,” katanya kepada pemberita, di sini.
Mohd Yusri berkata, hasil semakan nombor pendaftaran kenderaan yang dinaiki suspek, mendapati ia didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Pusing, Perak.
Menurutnya, usaha mengesan suspek sedang dilakukan, berdasarkan kepada nombor kenderaan yang digunakan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Petronas
#video tular
#mengintai dalam tandas wanita
#stesen minyak Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan