awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular: Polis sahkan terima laporan Mohammad Agus

Bernama
Bernama
17/11/2023
16:48 MYT
Video tular: Polis sahkan terima laporan Mohammad Agus
Hussein berkata laporan itu dibuat Mohammad Agus di Balai Polis Kajang pagi tadi. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia telah menerima laporan berhubung video tular yang memaparkan rakaman perbualan lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan seorang pegawainya.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan itu dibuat Mohammad Agus di Balai Polis Kajang pagi tadi.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam ini.
Hussein berkata pihaknya akan memanggil beberapa individu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.
Mohammad Agus pada sidang medianya di sebuah hotel di Bangi dekat sini hari ini mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#J-KOM
#media sosial
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan